Laungan azan dari surau berdekatan membuatku terjaga dari lena. uhhh...cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sejam dua aku tidur... dah pun bermula hari baru. Namun sebelum bangun dari katil, ku tadahkan tangan lalu menbacakan surah Al Fatihah...lalu ku hadiahkan buat ibu dan ayah tersayang yang telah lama pergi mengadap Ilahi. Terlalu cepat mereka dipinjamkan di dunia ini. Belum puas aku membalas jasa bakti mereka.
Hari ni, genap 3 tahun ibu pegi meninggalkan aku. Selesai saja laungan azan di hening subuh itu, kau menghembuskan nafas terakhir tanpaku di sisi.
Namun aku masih merasakan ianya baru sahaja berlaku semalam. Masih ku rasa lagi dakapan terakhir dan bau badanmu ibu. Tika itu, ibu sempat berpesan padaku agar menjadi suami dan anak2 sebaik mungkin. Aku akur dan tidak menyangka, itulah kata-kata terakhir yang aku dengar
Ibu, maafkan aku kerana tidak turut sama memandikan jasadmu.. Sebenarnya aku tidak sanggup menatap wajah sucimu ibu, sekujur tubuh dibaluti kain putih bersama wangian kasturi. Aku tidak punya kekuatan melalui detik-detik tu.
Ibu, sepanjang upacara itu, ia begitu menginsafkan aku. Dan aku juga mengerti nilai-nilai kekeluargaan dan sahabat. Semuanya akan ku ingati.
Ibu, pemergianmu membuatku rindu, aku kehilangan kasih sayangmu. Aku tiada tempat untuk mengadu, meluah rasa, bermanja dan bergurau senda seperti yang biasa pernah kita lalui.
Tiada insan dapat menandingimu ibu. Tiada pengganti di dunia ini walau ada yang seiras raut wajah, lenggang lenggokmu.
Kini, aku melangkah sendirian, bersama kenangan-kenangan indah denganmu ibu...akan ku capai kejayaan sejauh mungkin, namun ibu kan selalu ada di hati.
Al Fatihah buat arwah Wan Pah bte Che Rose
Showing posts with label nukilan rasa. Show all posts

Monday, 17 February 2014
Tuesday, 28 December 2010
Ku merinduimu
Kini, genaplah 5 tahun pemergian abah. Aku masih rindu akan kasih sayangnya. Aku rindu gurau sendanya. Ingin sekali aku memelukmu seperti dulu, mengucup dahimu sepuasnya, tapi apakan daya..kau tiada lagi. Tanganku hanya mampu melambai mesra di dalam mimpi. Abah hanya membalas senyum tanpa bicara. Itupun sudah cukup buat pengubat rindu. Rindu bersama juraian airmata.
*semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang beriman. Al fatihah buat abahku, Ismail bin Awang.

Wednesday, 1 April 2009
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Hari ini, tangal 1 April 2009 merupakan hari ulang tahun kelahiranmu. Aku tidak pernah melupakan tarikh itu walaupun persahabatan antara kita telah lenyap sekian lama. 11 tahun telah berlalu dan kita masing2 mempunyai keluarga dan kehidupan tersendiri.
Hari ini telah genap usiamu 33 tahun, sama jua dengan ku. Kita cuma beza 22 hari. Diusia ini, aku pasti kau telah banyak berubah. Begitu juga dengan diriku.
Harapan di hari berbahagia ini, semoga kau dimurahkan rezeki, dipanjang umur dan dilimpahi kebahagian bersama orang yg tersayang. Aku harap kau berjaya dengan segala yg kau lakukan. Di dalam hati ini tidak sedikitpun menyimpan rasa dendam, dengki dan sakit hati terhadap dirimu. Aku jua berharap kau pun begitu.
Sekian coretan buat kali ini...... Selamat Hari Lahir !!
Saturday, 10 January 2009
Hipokrit
Sudah lama aku tidak bertemu dengan Su, sejak aku tidak lagi aktif dalam persatuan, aku jarang sekali mendengar kisah-kisah tentangnya. Aku lebih selesa menghabiskan waktu terluang di rumah bersama keluarga, sesekali bersiar-siar di luar, menghilangkan rasa stress, menyedut udara segar dipinggiran ibukota.
Namun semalam, semasa aku berkunjung ke sebuah pusat membeli belah, aku dikejutkan dengan penampilan baru rakanku yang telah lama tidak bertemu. Aku tidak bertembung dengannya sebaliknya hanya memandang Suraya dari jauh. Kebetulan suamiku yang menyedari kehadirannya dan menunjukkan kepadaku.
Wah, sudah berubah seratus peratus personaliti kawanku itu. Kalau dulu, aku agak malu untuk berkawan dengannya, memandangkan dalam kesemua ahli persatuan, hanya aku sahaja yang tidak mengenakan tudung di kepala. Padahal Suraya berpenampilan seperti ustazah, dengan telekung labuh dan berbaju kurung. Anggun sekali, dikenakan dengan raut wajahnya yang putih kuning.Tutur kata yang tegas dan penuh berketerampilan memang melayakkan dia untuk menjadi ketua persatuan.
Aku bagaikan tidak percaya. Suraya sudah berubah seratus peratus. Tudung labuhnya kini mungkin disimpan sebagai perhiasan di almari. Baju kurungnya mungkin hanya dipakai untuk menghadiri majlis kenduri dan doa selamat.Dia sudah yakin mengenakan lipstik berwarna garang, memakai maskara di bulu mata. Cantik, memang cantik.
Dia kini berambut pendek,berpotongan 'layer' sambil mengenakan seluar jeans ketat dan berbaju t.shirt mengikut potongan badan. Fuh, sungguh tidak ku sangka. Dimanakan pendirian suaminya,seorang ahli kariah masjid yang sentiasa berjubah dan memberi syarahan agama kepada penduduk setempat.
Menurut suamiku, mereka kini sudah beralih ke satu status kehidupan yang lebih baik. Kalau dulu bersesak enam beranak menaiki kereta, kini lebih selesa berada di dalam MPV. Proton Wira telah ditukarkan dengan Nissan Grand Lavina. Barulah boleh bersaingan dengan golongan kelas pertengahan di kawasan rumah teres dua tingkat itu.
Bagi aku, kehidupan ini sama sahaja. Samada kaya atau miskin, penampilan seseorang memanglah amat penting, tapi jika sekali telah memilih untuk berpenampilan sopan dan menutup aurat, teruskanlah, jangan pandang belakang lagi. Biarlah tren baju ketat, seluar pendek aneka fesyen datang melanda, namun fesyen bertudung tetap ada. Ikut sajalah fesyen dr Ekin(mawi) atapun gaya ala mak datin Aida Razwil, pasti menawan dan anggun, suami pasti terpegun.
Aku tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Bila pulang ke kampung, mulalah sibuk memakai baju kurung, bertudung labuh. Konon hendak menunjuk kepada ibu mertua yang aku seorang isteri solehah kepada anaknya.
Tapi bila kembali ke ibukota metropolitan ini,berseluar pendek, berbaju ketat dengan rambut berwarna. Segala kuku tangan dan kaki dicat. Solekan dimuka bagaikan pelakun pentas opera. Inikah yang dapat memberi kepuasan?
Jangan terlampau taksub dengan cara penampilan artis di kaca tv. Drama melayu kita hanya memberi pengajaran agar kita dapat mengambil iktibar dari penceritaannya. Bukan mengikut cara penampilan mereka.
Buat sahabatku Suraya,semoga berbahagia dengan penampilan sekarang. Namun, sampai bila?

Tuesday, 30 December 2008
Mimpi
Setelah sekian lama kau tidak muncul dalam mimpiku, namun malam tadi kau kembali lagi.Bukankah kau telah melupakan diriku, dan telah ada insan lain bergelar isteri. Dan aku juga bahagia bersama insan pilihanku.
Kata orang, kalau termimpikan seseorang, bermakna orang itu teringatkan kita? Kenapa kau cuba mengingatiku. Lupakah kau pada beberapa bulan sudah, dikala aku cuba memohon kemaafan terhadapmumu, kau begitu marah kepadaku, aku dilemparkan serbu nista dan kata-kata caci. Kau mengatakan aku ini perempuan murahan yang hanya tahu menyakiti hatimu, mempermainkan perasaanmu. Aku tidak memandang keihlasan cintamu, sebaliknya lebih mementingkan kekayaan dan harta benda.
Sejak itu, kau kubuang terus dari memori ini. Segala ingatan terhadapmu sudah berkubur sebagaimana kau menguburkan segala memori indah yang pernah kita lalui bersama. Kekusutan kian terlerai, dan aku bahagia meniti hari-hari bergelar seorang isteri dan ibu.
Tapi mengapa kau muncul dalam mimpiku. Apakah kau sengaja ingin menguji sejauh mana aku mengingatimu? Mungkin…aku masih mengingatimu kerana kau insan pertama yang bertahta di hati ini, kau suka dukaku, kau segalanya bagiku…namun itu berlaku 13 tahun yang lalu. Kini tidak lagi……

Jangan sesekali kau datang lagi dalam mimpiku. Aku telah membuangmu sejauh jauhnya. Tiada lagi rasa kasih, rindu dan cinta mahupun sebesar zarah. Tidak ada sebarang ikatan antara kita biarpun sebagai seorang sahabat.

Kuberdoa agar kau bahagia di samping keluarga tercinta. Begitu juga aku. Ini jalan yang kupilih dan aku berharap agar kau menerima hakikat sebuah kehidupan yang sebuah jalinan cinta itu tidak mungkin bersatu seperti yang diharapkan. Namun sejuzuk al-quran yang kau hadiahkan kepadaku dulu masih lagi menjadi pedoman hidup buat persiapan mengadap Ilahi. Amin….
Sunday, 12 October 2008
Tiada Kepastian
Kita tidak pernah bersua. Dari dahulu aku hanya mendengarkan suaramu, dan aku juga tidak tahu isi hati dan niatmu dalam persahabatan ini. Namun hatiku sudah terlena dengan kata-kata indah yang kau coretkan di setiap lembaran yang kau utuskan kepadaku. Kata-kata pujangga itu menghiasi hatiku menceriakan setiap ruang hidupku yang sepi.
Tidak sesekali akan ku cuba menduga lautan yang luas. Aku insan kerdil yang tidak mampu menjatuhkan rembulan ke ribaan, menggapai bintang dilangit, mencorak awan dengan kata indah. Namun aku akan terus cuba mendekatimu, menyelami hati dan perasaanmu untuk mencari satu kepastian yang abadi.
Semakin aku mencuba, langkahku terhenti di satu persinggahan kelam. Aku tidak berdaya meneruskan, lantas tewas juga akhirnya. Begitu banyak halangan yang harus ku tempuhi demi sebuah hubungan suci, dan aku tidak mampu mengharunginya.
Aku ihlas merindui dan menyintaimu. Namun aku sedar bukan mudah untuk melewati semua dugaan itu. Aku sudah terlanjur menyintaimu dengan tulus suci, walau tiada sebarang jawapan yang pasti.
Subscribe to:
Posts (Atom)