Showing posts with label kisah dan lagu. Show all posts
Showing posts with label kisah dan lagu. Show all posts

Monday, 6 February 2017

Kala Hujan

Maafkan aku kerana menjauhkan diri..  demi bahagiamu



Ketulusan senyumanmu
Mengundangi sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata yang sedia

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

* Merembasi
Berkali diri bertanya
Siapakah gerangan kau sebenarnya

** Aku yang semalam
Selalu berkata
Tunjukkan dia pemilik jiwa

Sucikan seberkas dosa
Bisa mengenaliku
Bisa terima diriku seadanya

Dan aku tahu
Keterlanjuran ucapanku
Selamanya ini yang menghantu
Diriku dari mendekatimu
Kekasihku

Ku tahu
Pengalaman yang sebegitu
Maksudku tindakanku dahulu
Mungkin akan jauhkan dirimu kekasihku

(*, **)

Oh dariku
Dari hati yang memerlukanmu

Ketulusan senyumanmu
Mengundangi sesuatu
sukar untuk kugambarkan
kedalam bentuk kata-kata
Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang 




Sunday, 17 November 2013

Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan

Andai tuhan pinjamkan hayat ini lebih panjang, selama itulah kenangan indah takkan bisa terpadam. Meskipun lebur impian dicalar resam duka, sisa cinta masih terpalit di rangkai jiwa. Moga ada jaluran sinar terbias di hati agar dapat kita bingkaikan segala rentetan kasih yang pernah terpatri. Jendela kenangan terbuka luas untuk kau tahu,
" Kau Insan Istimewa "




Semakin kau diam
Semakin kau cengkam
Perasaanku
Tidakkah tersimpan
Rasa kasih padaku
Walau secebis

Kenangan
Tak bisa kau lenyapkan
Walau bagaimana
Kau cuba memberi alasan
Kerana ku tahu
Itu hanya dusta
Adakah di hati
Terasa penyesalan
Menyintaiku

Apakah aku tak setaraf
Dengan apa yang kau inginkan
Jika itu yang benar
Biar aku hentikan
Desakan ini
Kerana kupunya harga diri

Ku takkan merintih
Walau dada pedih
Membakar


♥ ♥ ♥

Friday, 15 November 2013

Bersua Kasih Abadi

Meskipun butiran pasir di tepian bisa berubah, namun ombak itu tetap setia menghempas pantai. Bayu laut sentiasa berbisik agar jangan berhenti mengharap, usah henti di pertengahan kerana setiap usaha kan ada hasilnya.
Malam itu, ketika menghirup udara nyaman di jendela, aku luangkan masa melayari sesawang kegemaranku. Entah bagaimana , secara tiba-tiba terlintas di benakku lantas jemari ini menaip namamu.. Kali ini nama singkatan yang sering kau gunakan…sering kau tulis, nama yang sentiasa bermain di bibirku suatu ketika dulu
Emmm.. apakah dia orangnya? Tidak mengapa andai tersalah, bukannya tak pernah berlaku…selalu sangat…aku sudah selalu serkap jarang..kalo iras2 pun tidak mengapa… hahaha…
Puas berteka-teki, puas meramal, puas menjangka..namun aku teruskan jua. Andai bukan orangnya, aku kan pohon maaf, tidak salah menambah seorang lagi kenalan dengan nama yang sama.
Permintaan sebagai kenalan ku teruskan jua. Namun ada sedikit detik di hati sebaik saja terpandang wajah seorang kanak2 di album gambarnya. Ada iras. Mungkinkah itu anaknya?
Malam itu, aku beradu dikamar tanpa sebarang harapan menggunung. Biarlah semua itu terjadi mengikut kehendakNya. Andai takdir tidak kesampaian, aku redha. Kerana di setiap sujudku, telah ku titip namamu agar dapat ku gapai kemaafan darimu.

********************

Di subuh hening itu, hujan menitis dingin dan kesegarannya tetap membangkit semangat untuk melaksanakan kewajipan. Seperti biasa aku hidupkan komputer dan sambil itu menyediakan sarapan buat keluarga.
Laman Facebook aku buka untuk melihat perkembangan terkini dari rakan taulan, dan pada masa yang sama ingin ku tahu apakah permintaanku semalam diterima? Ermmm.. tidak lagi… tidak mengapa lah.
Sebaik saja suami melangkah ke tempat kerja, aku kembali ke komputer dengan harapan untuk mengemaskini blog penulisanku, sudah lama tidak menulis puisi, namun sambutan pembaca di blog itu tetap ada.
Entah mengapa terpandang satu pemberitahuan, permintaan sebagai teman telah diterima. Lantas aku terus menghantar pesanan “terima kasih kerana sudi terima saya sebagai kenalan”
Dari situ ku cuba selidiki siapakah empunya diri. Setiap jawapan darinya membuatku tersentuh, membuatku hiba. Airmata gembira berlinang di kelopak, namun juraiannya tetap ku tahan.
Ya Allah….akhirnya, pencarianku selama ini telah termakbul… di tanggal 12/11/13 kami dipertemukan semula setelah 16 tahun terpisah. Terima kasih Ya Allah, hanya dikau mengerti betapa aku mengharap sebuah persahabatan dengannya.




Jemu masa menyinta
Resah ku meronta
Aku telah sumpah setia
Namun sia

Jemu masa melangkah
Lepas dari dosa
Bangkit aku dari lamunan
Yang engkau kejutkan

Segala pintamu
Cuba ku turutkan
Segala janjiku
Peritku lunaskan

Mudah kau melepaskan
Kau yang menghancurkan
Lerai ikatan
Kau cipta seribu alasan

Yang kudendamkan
Menjadi kemarahan
Kau selindung kesalahanmu
Kau singkap kesalahanku

*******

Teman, bukan niatku menghancurkan harapan indah yang kau cipta. Ketahuilah, kita hanya ditakdirkan untuk menyemai benih rasa dan mencambahkan kasih di halaman rindu. Meskipun subur disirami bahagia, namun kemarau duka melanda hati lantas ia kering tanpa dapat di pulih kembali.
Harapan untuk hidup bersama tidak kesampaian. Adakalanya jodoh mendahului sebuah cinta sejati. Cinta kita hanya satu persinggahan dalam sebuah perjalanan hidup yang penuh warna.


♥ ♥ ♥

Thursday, 23 June 2011

Kekasihku di Menara


Dingin sunnguh malam ini
Dan sukar mataku lelapkan
Laluku cuba coretkan
Secebis lambaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini
Sudah mula bergoyang

Dapatku bayangkan
Kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku
Hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak sepertimu

Disebabkan itu
Kau mencipta jurang
Perhubungan kita
Mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu
Kini mula ketara
Memandang aku
Cuma sebelah mata

Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau keseberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untumu..
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untumu..


Suatu ketika, lagu ini pernah ditujukan Wanda, dan hingga ke saat ini, tiap kali mendengar lagu ini, kenangan lama Wanda dan Irwan segar kembali. Wanda seakan dicekam rasa bersalah, atau takdir mencorak haluan antara Wanda dan Irwan agar mereka menemui pilihan yang terbaik.

Petang Jumaat itu, langit mendung seakan mengerti bakal ada peristiwa sedih berlaku. Seperti biasa Irwan akan menjemput Wanda di tempat kerja. Dia tahu, hari ini ada hari terakhir Wanda bekerja di Syarikat Tuan Basir. Esok Wanda akan mendaftarkan diri sebagai pelajar universiti. Wanda bekerja di situ hanya sementara, dia bakal meneruskan impian ke menara gading.

Hari terakhir Wanda bermakna terakhir juga buat Irwan. Selepas ini tidak mungkin dia akan menghantar dan menjemput gadis manis itu dengan motorsikalnya. Tinggallah Irwan berseorang pergi dan balik kerja. Uhh..tidak dapat dibayangkan betapa sunyinya Irwan. Tiada siapa bakal bersenda dengannya di atas motor. Tiada lagi Wanda yang akan memeluk erat setiap kali Irwan memecut laju motornya.

Lamunan Irwan tersentak dengan  bunyi hon kereta Perodua Kelisa milik Ratna, kawan baik Wanda di Syarikat Basir Corporation. Ratna membuka tingkap lantas menyapa Irwan ‘ hei..mengelamun jauh nampaknya? “

Irwan tidak menjawab, sekadar melempar senyuman manis. Jejaka berkumis itu memang kaya dengan senyuman. Walau duka, walau seribu kepayahan melanda, tidak pernah dia menunjukkan kesedihan.

“Janganlah sedih. Wanda hanya masuk universiti kat sini saja, bukannya di luar negara,” kata Ratna lagi, seakan mengerti apa yang difikirkan Irwan.

Tiba-tiba Wanda muncul. Gadis manis berkulit cerah itu terus mencelah, “ala, kau kan ada kereta, bolehlah selalu melawat aku,” kata Wanda dengan wajah ceria.

“Insyaalah, kalau ada masa, aku akan melawat kau,” kata Ratna. Dia kemudian meminta diri untuk meneruskan perjalanan kerana jalan dihadapan telah mula sesak.

“ Ke mana kita?” tanya Irwan kepada Wanda setelah mengenakan topi keledar kekasih hatinya itu

“Erm...nk balik laa.. keluarga saya dah sampai kat rumah tu,” beritahu Wanda

Irwan terus menghidupkan enjin motorsikalnya dan membawa Wanda pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan, mereka tidak berbual seperti biasa, bagai ada yang tak kena. Irwan menumpukan perhatian dengan pemanduannya, manakala Wanda melempar pandangan  ke arah jalanraya yang sesak. Namun pinggang Irwan tetap dipeluk erat seperti selalu.

15 minit kemudian, Irwan dan Wanda tiba di persimpangan rumah Wanda. Tidak mungkin Irwan menghantarnya di depan rumah seperti biasa kerana khuatir pandangan keluarga Wanda yang baru tiba dari kampung, mestipun mereka telah mengetahui hubungan Wanda dan Irwan.

“Sayang, selamat mencipta kejayaan di menara gading. Abang doakan agar impian sayang akan tercapai,” kata Irwan sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah kegemaran Wanda.

Wanda tersentak. Mawar merah dikucup syahdu, dan manik jernih membasahi kelopak mata.

“Sebenarnya ini semua bukan kemahuan Wanda, jika boleh Wanda ingin selalu disamping abang!” kata Wanda sedih.

“Janganlah begitu sayang, pergilah agar masa depan sayang lebih terjamin. Jangan jadi macam abang, kerja pun hanya sebagai kuli,” kata Irwan lagi

Tanpa memikirkan pandangan orang sekeliling, Wanda terus memeluk Irwan, tak sanggup dia berpisah dengan lelaki yang berjaya menambat hatinya. Lelaki yang telah menyemai rasa kasih, menyubur benih cinta.

Irwan mengusap lembut rambut ikal mayang Wanda sambil cuba mententeramkan gadis itu, “sudahlah, pemergian sayang tidak bermakna kita berpisah buat selamanya. Setiap hujung minggu kita masih boleh jumpa kan!”

Wanda agak tenang dengan kata-kata Irwan. Dia mengukir senyum hambar. “Sudah, jangan menangis lagi sayang, apapun yang bakal berlaku selepas ini tidak akan menggugat cinta abang pada sayang,” pujuk Irwan lagi.

Dikala itu juga azan maghrib telahpun kedengaran dari surau yang berdekatan. Wanda minta diri untuk berundur dan seperti biasa dia akan mengucup tangan Irwan. Sekali lagi air mata jernih menitis. Entah apa yang menghiris kalbu, mengguris rasa Wanda di petang itu hingga dia begitu sedih untuk berpisah dengan Irwan.

“Sudahlah sayang...” kata Irwan

Wanda hanya mengangguk dan melangkah longlai menuju ke rumahnya. Sebaik saja sampai di pintu pagar rumah, Irwan memecut laju motorsikalnya. Dia ingin segera pulang dan menunaikan kewajipan kepada Yang Esa pula.



*** Apa kan terjadi setelah Wanda masuk universiti. Bagaimana cintanya pada Irwan setelah bergelar siswa? nantikan sambungannya !!! 

Sunday, 23 January 2011

Renungan Terakhir

Rintik hujan malam itu seakan mengerti akan ada sebuah perpisahan. Aku gagahi menyusuri jalan kelam di lorong sunyi. Tanpa sedikitpun rasa takut, aku langkahkan kaki menuju ke perhentian bas di hadapan rumahmu. Petang tadi kita telahpun mencapai putus untuk berjumpa dan menyelesaikan segala ragu. Mungkinkan semua kesangsian bakal terungkai?

Tanpa ku sedari, langkahku diperhati. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di batu sejuk perhentian bas itu, kau pun tiba.

Aku cuma mampu melempar senyuman. Kau duduk disebelahku. Kita masih membisu. Siapakan yang bakal memula bicara?

Akhirnya kau akur, munkin kita perlukan masa mengenal siapa diri kita. Kau memberi ruang padaku untuk berfikir dan memilih siapa yang terbaik. Siapa yang berjaya mencuri hatiku. Pilihan sebagai teman sehidup semati.


Tika itu, aku tidak mampu memberi keputusan yang mungkin membahagiakan dirimu.  Disana jua menanti kata putus dariku. Kau juga berharap demikian. Aku di persimpangan kasih.

Rembulan sayu malam itu menjadi saksi pertemuan terakhir kita. Masih sempat ku kucup tanganmu memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang percintaan kita. Senyuman hambar masih upaya kau ukir biarpun kau tahu itu adalah detik perpisahan kita

Kau masih cekal, ego lelaki masih utuh tanpa dapat kau lebur tembok kesedihan itu. Kupanjatkan harapan agar kau bahagia menempuhi hari-hari mendatang tanpaku disisi. Izinkan aku abadikan kenangan indah bersamamu sebagai peneman duka dikala sunyi.

Aku pulang dengan sesalan. Bimbang dukamu meleret sengsara. Resah mimpimu melerai nestapa. Semoga bakal ada sinar penyuluh ketawa. Buatmu insan mencoret bahagia !!


Thursday, 30 December 2010

Ingatku Dalam Doamu

Lagu ditujukan buat insan yang pernah bertahta dihati, namun takdir menentukan segalanya.Aku pasrah dengan perjalanan hidup yang ditentukan oleh-Nya.





Teman,
Ku akui kasihku berjaya meragut hatinya, namun nilai cintaku masih kau ragui. Kesetiaanku di batasi keraguan. Kejujuranku masih di ambang percayamu. Namun aku terus mengharapkan impian indah bakal tercipta buat kita.


Teman,
Tak pernah kau cuba imbangi hatimu untuk menyayangiku. Sedikitpun tidak kau rembes keegoanmu demi keikhlasanku. Andai kau tangkis badai tu, pasti kau sedari seawalnya.


Namun, diri ini terus menyinta dan merindu. Kau sambut rindu dengan luahan kasih bertinta sayang. Ku semai benih setia dipintu asmaramu. Bahagianya kita melalui detik itu.



Teman,
Ku tahu hatimu pernah terluka. Tak inginku terus mencurah bara, menambah sakit di dada. Lantasku ubati luka itu, dengan penawar kasih yang kau beri

Setiap detik indah akan ku kenang selamanya. Perit getir dan dugaan akan ku jadikan cabaran masa mendatang.


Teman,
Andai aku menghiris luka hatimu, maafkanlah aku. Aku tidak berdaya melawan takdirnya. Impian kita tidak terkalam. Gelombang cinta kita tidak seindah lautan kasih yang kita ciptakan. Ia hambar dan mengalir lesu dek kemarau berpanjangan. Mimpi menghuni di lipatan memori.


Teman,
Aku masih merasai kemanisan pertemuan itu, namun kepahitan kerna perpisahan lebih memijar bak hempedu.


Teman,
aku terpaksa pergi demi kebahagiaanmu. Izinkan aku sematkan namamu di hatiku agar ku bisa ingati dirimu selamanya, berikan aku sedikit ruang agar dapat ku pahat memori indah kita agar dapatku mengukir senyum dikala duka.
[close]