Kata orang, kalau termimpikan seseorang, bermakna orang itu teringatkan kita? Kenapa kau cuba mengingatiku. Lupakah kau pada beberapa bulan sudah, dikala aku cuba memohon kemaafan terhadapmumu, kau begitu marah kepadaku, aku dilemparkan serbu nista dan kata-kata caci. Kau mengatakan aku ini perempuan murahan yang hanya tahu menyakiti hatimu, mempermainkan perasaanmu. Aku tidak memandang keihlasan cintamu, sebaliknya lebih mementingkan kekayaan dan harta benda.
Sejak itu, kau kubuang terus dari memori ini. Segala ingatan terhadapmu sudah berkubur sebagaimana kau menguburkan segala memori indah yang pernah kita lalui bersama. Kekusutan kian terlerai, dan aku bahagia meniti hari-hari bergelar seorang isteri dan ibu.
Tapi mengapa kau muncul dalam mimpiku. Apakah kau sengaja ingin menguji sejauh mana aku mengingatimu? Mungkin…aku masih mengingatimu kerana kau insan pertama yang bertahta di hati ini, kau suka dukaku, kau segalanya bagiku…namun itu berlaku 13 tahun yang lalu. Kini tidak lagi……

Jangan sesekali kau datang lagi dalam mimpiku. Aku telah membuangmu sejauh jauhnya. Tiada lagi rasa kasih, rindu dan cinta mahupun sebesar zarah. Tidak ada sebarang ikatan antara kita biarpun sebagai seorang sahabat.
Kuberdoa agar kau bahagia di samping keluarga tercinta. Begitu juga aku. Ini jalan yang kupilih dan aku berharap agar kau menerima hakikat sebuah kehidupan yang sebuah jalinan cinta itu tidak mungkin bersatu seperti yang diharapkan. Namun sejuzuk al-quran yang kau hadiahkan kepadaku dulu masih lagi menjadi pedoman hidup buat persiapan mengadap Ilahi. Amin….
No comments:
Post a Comment