Semalam, kubiarkan dia keseorangan di ruang membaca. Selesai mengemas di dapur, aku segera masuk ke dalam bilik. Tak ku hiraukan dia yang sedang sibuk dihadapan komputer, mengemaskini laporan kerja. Dapat kurasakan dia mengerling, namun tidak kuendahkan. Selalunya aku akan jelirkan lidah dan segera berlari masuk ke dalam bilik.
Tak lama kemudian, ku dengar derapan tapak kaki. "huh, cepatnya siap kerja," kataku sendirian.
Tombol pintu dipulas. Disebalik kesamaran lampu tidur, dapat kurasakan Haris tau aku sedang marah. Dan mungkin cuba memujuk.
Cepat-cepat ku selubungkan diri dan lelapkan mata. Tak sedar, dalam kemarahan, aku terlena dan terus dibuai mimpi
******************

"Morning sayang !!" sapa Haris sebaik saja kaki menjejak ke dapur. Dikala lantai kayu masih terasa sejuk, ku lihat Haris sedang menikmati sarapan pagi sambil sebelah tangan sedang sibuk membalas whatsapp dari kawan-kawannya.
Aku menjeling dan melangkah ke ruang tamu. Malas hendak layan orang yang 'gila keja'.
"Huh, teruk betul perangai mummy Garry ni," Haris bercakap dengan si Garry, kucing belaan kami yang masih kecil. Garry sedang duduk di atas meja makan, bersebelahan gelas susu Haris, dengan harapan ada sedikit sisa susu untuknya.
Selesai bersarapan, Haris mengambil beg kerjanya. Aku duduk di sofa sambil menonton televisyen. Garry datang menggeleserkan badannya dekat denganku.
"Garry, daddy off to work," kata Haris kepada Garry. Kucing berwarna kelabu baka Scottish itu adalah hadiah Haris kepada aku. Katanya sebagai peneman dikala dia pergi bekerja.
Aku bangun dan pergi mendapatkan Haris di pintu. Selesai mencium tangan, Haris mengucup dahi dan kedua pipi ku. "Huh, mummy Garry marah sebab daddy tak bawak jalan-jalan," kata Haris sambil bersengih.
Aku menjeling. Malas berlawan cakap. Kulihat kereta Haris perlahan-lahan hilang dalam kabus dingin. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan suamiku hari ini. Lindungilah dia setiap masa dan murahkanlah rezekinya !"

"Garry, mummy malas nak masak la hari ni. Kita makan biskut sajalah yer," kataku kepada Garry. Aku memang tiada 'mood' hari ni. Juadah yang kusediakan semalam tidak dijamah langsung oleh Haris. Pulangnya sudah lewat malam dan dia cuma minta segelas susu untuk mengalas perut sebelum masuk beradu. Rancangan hendak ke Pasar Iban yang baru dibuka berdekatan kawasan rumah kami ini terpaksa ditangguhkan.
Untuk aku cukup sekadar biskut, buah-buahan dan roti. Tak perlu nak masak beria-ia bila hanya dua mulut perlu disuap. Kedai makan dekat dan ada juga pengantar makanan melalui 'group whatsapp' Pilih sahaja makanan apa yang ingin dinikmati.
Habis menonton televisyen, aku melayari pula internet. Walau liputannya agak tersekat-sekat kerana kawasan kami terpencil di pedalaman, namun dapatlah jua aku mengikuti perkembangan rakan-rakan muka buku. Masuk ke laman masakan, hati berbunga-bunga untuk mencuba resepi baru, namun siapa pula yang hendak menikmatinya. Pakcik Samad dan makcik Siti rumah sebelah ni sudah seminggu pergi ke rumah anaknya. Menantu mereka Sarah baru sahaja melahirkan anak sulung. Teruja mereka mendapat cucu pertama.

Mood malas untuk masak terus mati. Aku keluarkan daging batang pinang dari peti sejuk dan biarkan di atas dapur. Otak masih berfikir-fikir menu apakah yang sesuai dimasak dengan daging ini. Sambil itu aku mengupas beberapa biji bawang dan memotong cili. Sedap juga jika dibuat Bergedil Daging. Menu ini sedang viral di laman-laman sosial. Hanya aku sahaja yang belum mencubanya.
Sedang leka dapur, tiba-tiba aku terasa bagai bahuku dicuit. Pinggangku dirangkul. Segeraku menoleh dan kulihat Haris sedang tersenyum lebar memelukku. Segeraku mencium pipinya. Hilang rasa hendak merajuk berpanjangan.
"Tadaaaaaa !!" kata Haris riang sambil menghulurkan coklat Kinder Bueno kepada aku. Dia tahu kesukaanku.
"Eh, cepatnya balik, takde kerja ke?" tanyaku hairan kerana sejak dua menjak ini jadual kerja Haris begitu padat. Bukan saja berulang alik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, malah ke negara timur tengah.
"Mummy merajuk, so daddy apply cutilah ," jawab Haris sambil membelai Garry.
"Tapi sorrylah yunk, abang tak sempat nak beli nasi lemak sedap favourite tu, sebab kedai makcik tu tutup hari ni," sambung Haris lagi.
Dalam hati "bagussss !!!" jika tidak ranap plan diet aku. Dan apakah ia akan terus ranap setelah menikmati kepingan coklat enak kegemaranku?
"Tapi sorrylah yunk, abang tak sempat nak beli nasi lemak sedap favourite tu, sebab kedai makcik tu tutup hari ni," sambung Haris lagi.
Dalam hati "bagussss !!!" jika tidak ranap plan diet aku. Dan apakah ia akan terus ranap setelah menikmati kepingan coklat enak kegemaranku?
Mood marah terus lenyap. Daripada tiada rancangan untuk memasak, segera aku keluarkan barang-barang lain dan masak makanan kegemarannya. Dari satu jenis lauk, terus menjadi tiga empat jenis hidangan. Melihatnya makan bertambah, hatiku gembira. Tiada anugerah yang lebih indah selain bersama insan tersayang. Walau dihantar ke ceruk dunia, aku akan tetap bersamanya.
