Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

- INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR -

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA:
1) Biarkan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) Anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
'Barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL...

Saturday, 23 July 2011

Bencana pada Ramadhan 2012

CK tertarik dengan pautan dari seorang rakan di Facebook dan ingin berkongsi untuk bacaan kita sekalian. Semoga dilengkapi dengan lebih banyak amalan dan diperbanyakkan pahala untuk mengikis segala dosa agar perjalanan kita ke sana dipermudahkan.

                                          ******************************


Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur...

Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu?

Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.

Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.
Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya,

Pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Ya Allah, jauhkan kami dari segala musibah itu !!!


Tuesday, 30 December 2008

Hukum Karma

Percaya tak pada hukum karma? Ianya dikira sebagai segala perbuatan akan mendapat balasan. Tak kiralah perbuatan baik atau buruk, iklas atau penuh kepuraan.

Aku bukanlah seorang pendita agama, tetapi aku percaya segala perbuatan baik akan mendapat manfaatnya, dan segala dosa yang dilakukan akan menerima padahnya. Tak kira di dunia hakiki mahupun balasan akhirat.

Bagi aku, lebih baik menerima balasan di dunia, kerana dari situ kita akan sedar siapa diri kita ini. Seterusnya berubah kepada yang lebih baik. Mungkin sesetengah berpendapat, “ah, mati tu lain cerita, hal akhirat tu soal kedua,” Itu pendapat si jahil. Orang yang leka dengan nikmat dunia. Kenapa hendak diketepikan soal akhirat? Sanggupkan menerima pembalasan di sana nanti? Seksanya tidak tertanggung.

Kita hanyalah insan kerdil utusan tuhan di muka bumi. Sebelum kita dipanggil pulang, lebih baiklah memperbanyakkan amalan, mengikis segala dosa agar perjalanan kita di sana tidak longlai dan layu di pertengahan. Wallahualam….

[close]