Laungan azan dari surau berdekatan membuatku terjaga dari lena. uhhh...cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sejam dua aku tidur... dah pun bermula hari baru. Namun sebelum bangun dari katil, ku tadahkan tangan lalu menbacakan surah Al Fatihah...lalu ku hadiahkan buat ibu dan ayah tersayang yang telah lama pergi mengadap Ilahi. Terlalu cepat mereka dipinjamkan di dunia ini. Belum puas aku membalas jasa bakti mereka.
Hari ni, genap 3 tahun ibu pegi meninggalkan aku. Selesai saja laungan azan di hening subuh itu, kau menghembuskan nafas terakhir tanpaku di sisi.
Namun aku masih merasakan ianya baru sahaja berlaku semalam. Masih ku rasa lagi dakapan terakhir dan bau badanmu ibu. Tika itu, ibu sempat berpesan padaku agar menjadi suami dan anak2 sebaik mungkin. Aku akur dan tidak menyangka, itulah kata-kata terakhir yang aku dengar
Ibu, maafkan aku kerana tidak turut sama memandikan jasadmu.. Sebenarnya aku tidak sanggup menatap wajah sucimu ibu, sekujur tubuh dibaluti kain putih bersama wangian kasturi. Aku tidak punya kekuatan melalui detik-detik tu.
Ibu, sepanjang upacara itu, ia begitu menginsafkan aku. Dan aku juga mengerti nilai-nilai kekeluargaan dan sahabat. Semuanya akan ku ingati.
Ibu, pemergianmu membuatku rindu, aku kehilangan kasih sayangmu. Aku tiada tempat untuk mengadu, meluah rasa, bermanja dan bergurau senda seperti yang biasa pernah kita lalui.
Tiada insan dapat menandingimu ibu. Tiada pengganti di dunia ini walau ada yang seiras raut wajah, lenggang lenggokmu.
Kini, aku melangkah sendirian, bersama kenangan-kenangan indah denganmu ibu...akan ku capai kejayaan sejauh mungkin, namun ibu kan selalu ada di hati.
Al Fatihah buat arwah Wan Pah bte Che Rose
No comments:
Post a Comment