Saturday, 10 January 2009

Hipokrit

Sudah lama aku tidak bertemu dengan Su, sejak aku tidak lagi aktif dalam persatuan, aku jarang sekali mendengar kisah-kisah tentangnya. Aku lebih selesa menghabiskan waktu terluang di rumah bersama keluarga, sesekali bersiar-siar di luar, menghilangkan rasa stress, menyedut udara segar dipinggiran ibukota.

Namun semalam, semasa aku berkunjung ke sebuah pusat membeli belah, aku dikejutkan dengan penampilan baru rakanku yang telah lama tidak bertemu. Aku tidak bertembung dengannya sebaliknya hanya memandang Suraya dari jauh. Kebetulan suamiku yang menyedari kehadirannya dan menunjukkan kepadaku.

Wah, sudah berubah seratus peratus personaliti kawanku itu. Kalau dulu, aku agak malu untuk berkawan dengannya, memandangkan dalam kesemua ahli persatuan, hanya aku sahaja yang tidak mengenakan tudung di kepala. Padahal Suraya berpenampilan seperti ustazah, dengan telekung labuh dan berbaju kurung. Anggun sekali, dikenakan dengan raut wajahnya yang putih kuning.Tutur kata yang tegas dan penuh berketerampilan memang melayakkan dia untuk menjadi ketua persatuan.

Aku bagaikan tidak percaya. Suraya sudah berubah seratus peratus. Tudung labuhnya kini mungkin disimpan sebagai perhiasan di almari. Baju kurungnya mungkin hanya dipakai untuk menghadiri majlis kenduri dan doa selamat.Dia sudah yakin mengenakan lipstik berwarna garang, memakai maskara di bulu mata. Cantik, memang cantik.

Dia kini berambut pendek,berpotongan 'layer' sambil mengenakan seluar jeans ketat dan berbaju t.shirt mengikut potongan badan. Fuh, sungguh tidak ku sangka. Dimanakan pendirian suaminya,seorang ahli kariah masjid yang sentiasa berjubah dan memberi syarahan agama kepada penduduk setempat.

Menurut suamiku, mereka kini sudah beralih ke satu status kehidupan yang lebih baik. Kalau dulu bersesak enam beranak menaiki kereta, kini lebih selesa berada di dalam MPV. Proton Wira telah ditukarkan dengan Nissan Grand Lavina. Barulah boleh bersaingan dengan golongan kelas pertengahan di kawasan rumah teres dua tingkat itu.

Bagi aku, kehidupan ini sama sahaja. Samada kaya atau miskin, penampilan seseorang memanglah amat penting, tapi jika sekali telah memilih untuk berpenampilan sopan dan menutup aurat, teruskanlah, jangan pandang belakang lagi. Biarlah tren baju ketat, seluar pendek aneka fesyen datang melanda, namun fesyen bertudung tetap ada. Ikut sajalah fesyen dr Ekin(mawi) atapun gaya ala mak datin Aida Razwil, pasti menawan dan anggun, suami pasti terpegun.

Aku tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Bila pulang ke kampung, mulalah sibuk memakai baju kurung, bertudung labuh. Konon hendak menunjuk kepada ibu mertua yang aku seorang isteri solehah kepada anaknya.

Tapi bila kembali ke ibukota metropolitan ini,berseluar pendek, berbaju ketat dengan rambut berwarna. Segala kuku tangan dan kaki dicat. Solekan dimuka bagaikan pelakun pentas opera. Inikah yang dapat memberi kepuasan?

Jangan terlampau taksub dengan cara penampilan artis di kaca tv. Drama melayu kita hanya memberi pengajaran agar kita dapat mengambil iktibar dari penceritaannya. Bukan mengikut cara penampilan mereka.

Buat sahabatku Suraya,semoga berbahagia dengan penampilan sekarang. Namun, sampai bila?





2 comments:

  1. wawaaa
    smoge semuanya selamat
    klu hipokrit pon
    nak sampai bile

    ReplyDelete
  2. Joe...entah la sampai bila?? tak dapek den nk nolong!!

    Annazmee-thanks untuk pembetulan tu..

    ReplyDelete

[close]