Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Wednesday, 4 March 2020

RAHSIA MASJIDIL HARAM

( info bagi yg mahu melaksanakan ibadah Haji/ Umrah).
Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.
Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.
Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana.
Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu, cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana.

1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah
Ini anggapan keliru semua jamaah umrah: tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar dan itu jauuuuh sekali. Tidak hairan, jamaah yang batal wudhu suka berwudhu dengan air minum.
Padahal, ada banyak tempat wudhu di dekat Kabah. Tidak percaya? Kalau Anda berada di dekat Kabah, perhatikan semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke pelataran Kabah. Ada 5 di berbagai arah Kabah.

di bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Jadi jamaah tidak perlu penat penat pergi ke luar masjid.


Tips saya : Semasa di hotel, saya akan berwuduk, kemudian berdoa agar Allah kekalkan wuduk saya sehingga saya selesaikan semua urusan saya di Masjidil Haram. Alhamdulillah, wuduk saya kekal lama hingga saya kembali semua ke hotel. Maklum lah, orang perempuan agak payah mengambil wuduk berbanding lelaki kerana perlu menjaga aurat. 


saya sentiasa turun untuk tawaf melalui pintu ini. Kalau berjanji dengan suami pun mesti di sini juga, berdekatan air zam zam. Pernah sekali kami guna pintu lain untuk keluar, sudahnyer kami terpaksa tawaf satu masjidil haram. Penat !! nk melangkah pun rasa malas. Melihat jemaah baring dan terlelap di ruangan masjid, ingin saja saya menyertai mereka. Hahahahaha....

Suami sentiasa memimpin tangan saya, bimbang saya terlewat dan dia hilang kelibat saya. Tak larat pun, diheretnya juga. Sambil itu katanya, "tu kat depan ada aiskrim sedap !" hahahaha... Aiskrim di Mekah memang sedap, Nanti saya kongsikan makanan dan minuman yang anda wajib cuba jika berkunjung ke Tanah Haram ini



2. Tempat menonton Tutorial Umrah
Lazim nya jemaah didampingi pembimbing agama saat umrah dan haji. Tapi bagaimana dengan jamaah negara lain yang yang tiada pengelola atau yang ingin lebih detail
Jangan bingung, Masjidil Haram menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jamaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di dekat pintu Gate 74.

3. Bagi-bagi buku agama percuma.
Dapat buku-buku agama percuma? Tidak banyak jamaah tahu kalau ada tempat bagi-bagi buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa.
jamaah boleh meminta buku-buku dengan percuma. Tempat pembagian buku ini ada di dekat pintu Gate 74.

4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio
Solat Jumat di Masjidil Haram adalah pengalaman tiada dua bagi umat Islam di seluruh dunia. Tapi kalau tidak boleh bahasa Arab, bagaimana memahami khutbahnya?
Jangan khawatir, kamu boleh mendengarkan streaming audio terjemahan khutbah. Modalnya cukup punya handfon yang aplikasi radio dan guna earphone.



Terjemahan khutbah tersedia dalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu dan bahasa Indonesia. Informasi panduan audio ini tersedia di dekat pintu Gate 74.
5. Khutbah Jumat dengan bahasa Isyarat
Untuk jemaah kurang upaya yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada spot khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi boleh menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 93.
Saat solat di sini, akan ada petugas yang menerjemahkan khutbah Solat Jumat dengan bahasa isyarat. Wah, sangat membantu nih!

6.  Zam-Zam
Seluruh air minum di dalam Masjidil Haram adalah air zam-zam yang sumber airnya ada di bawah tanah Masjidil Haram. Jamaah boleh minum dari ratusan galon yang diedar di seluruh masjid. Galon-galon ini diisi secara berkala dan diantar petugas dengan kereta sorong.
Tapi tahu ke, zam-zam ini dibawa dari mana? Kalau mahu tahu, kamu pergi saja ke pintu Gate 93.
Di dekatnya, kamu boleh melihat pusat pengisian air zam-zam. Petugas mengisi air dengan nozel seperti di pum petrol. Air disalurkan dari mesin pendingin, itu sebabnya air zam-zam rasanya seperti air ais kosong.

7. Ekskalator ke bumbung Masjid
Solat di bumbung Masjidil Haram, Tapi tidak banyak jamaah yang tahu aksesnya.
Padahal, ada eskalator yang mengantar jamaah langsung ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 91.

(kalau tak jumpa, boleh tanya pekerja masjidil haram. Jangan pandang rendah pada mereka, ada diantaranya fasih berbahasa Inggeris. Beri salam dan bertanya, Insyaalah anda akan mendapat jawapan. Kalau ada biskut ke, gula2 ke, sedekah la pada mereka masa ni ) 
Solat di bumbung Masjidil Haram terkadang jadi pilihan jamaah -yang tahu letak eksalatornya- untuk salat Isya atau Subuh. Sebab pada siang hari, bumbung Masjidil Haram panas sekali...
Tak ramai orang di rooftop ni. Masa saya pegi ni, kebetulan musim sejuk, agak gigil jugak laa, hehehehe




Video: Umrah pertama kami bersama Ustaz Don. Kami tiba di Mekah lingkungan pukul 4 pagi 9 Dis 2020. Subhanallah, cuaca sejuk nyaman menyambut kami sebagai tetamunya. Sebaik sahaja check in di hotel, berehat dan bersarapan pagi, kami berkumpul di Dataran Masjidil Haram untuk mendengar penerangan dari Ketua Mutawwif kami, Ustaz Don. 





PESANAN YG TER AKHIR IALAH
JIKA MAMPU PERTAMA KALI MENJEJAKI LANGKAH KAKI KALIAN KE DALAM MASJID HARAM...
MAKA GUNALAH PINTU BABUSSALAM...
KERANA DI SITU ADA DOA YG MASHUR YG SERING KITA BACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB DAN SUBUH..
YAITU.....
ALLAH HUMMA ANTASSALAM..
WAMINKASSALAM..
WAILAIKA YAU'DUSSALAM..
FAHAYYINA RABBANA BISSALAM..
HINGGA AKHIR......
HANYA BAB SALAM SAJA MENGUAT KAN INGATAN KITA UNTUK BACA AYAT KESEJATERAAN INI.


** 

Friday, 10 January 2020

10 TEMPAT MUSTAJAB BERDOA

JOM KENALI 10 TEMPAT MUSTAJAB BERDOA ❤️

1. Ketika tawaf
2. Multazam ( jarak antara sudut hajar aswad dengan pintu Kaabah)
3. Dibawah pancuran Kaabah
4. Didalam Kaabah
5. Sumur zamzam
6. Bukit Safa
7. bukit Marwa
8. Ketika melakukan saie
9. Dibelakang Maqam Ibrahim
10. Raudhah


Image may contain: sky and outdoor


Kenali tempat '' SPOT '' berdoa ni, jika diberi keizinan oleh Allah untuk kita sampai ke tanah suci mengadulah dan berdoa lah sepuasnya kepada Allah.

YaAllah kau jemputlah mereka yang membaca posting ini  ke bumi haramainMu  ya Allah... Aamiin.. ❤️



Monday, 25 November 2019

Tips Umrah Bagi Wanita

Assalamualaikum..... hari ni Kak Ina nak kongsi tips bagi jemaah wanita pula. Yelah, kita orang perempuan ni, kalau pegi travel beg mesti penuh kan. Tambah plak pegi Umrah, mesti nak lengkap semua. 

Image result for umrah"
SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI JEMAAH WANITA
---------------
ok, kat sini kak Ina cuba bantu uolls serba sedikit apa keperluan yang perlu di bawa untuk menunaikan umrah .

1. Al-Quran.
Bawa yang kecik jer tak perlu bawa yang besar. Bawa Al-Quran sendiri, mudahkan untuk kita mengaji dan tanda bacaan kita. 
2. Telekung sembahyang.
Bawa telekung sahaja, kain tak perlu. Cukuplah bawa 2 pasang telekung sembahyang. Kak Ina bawak warna putih dan hitam. 
3. Telekung umrah/ Mini Telekung/ Tudung Labuh.
Bolehlah pilih mana satu yang korang nak bawa. Kak Ina bawa Khimar dan tudung labuh. Jenis ni dia lebih praktikal untuk solat. Tak perlu salin telekung dah. Cantik pun ya. Takkan kita nk jadi tetamu Allah,kelihatan sememeh jer. Padahal kalo di Malaysia, bergaya mengalahkan artis. Hahahahaha. Tudung sarung labuh elok dipakai masa nak turun makan di hotel.
4. Jubah Seluar
Bawalah 3 pasang. Kak Ina beli di Sabella.com. Memang selesa fabriknya. Tapi Sabella ni takde poket. Berbanding dengan Jubah Marissa, lebih selesa, berpoket dan bergetah dibawahnya. So nk ambil wuduk pun selesa jer. 
5. Jubah kain - kak Ina bawak satu jer, sebab boleh beli jubah cantik di Mekah dan Madinah, harga pun lebih murah. Hehehe....
6. Baju pagoda berpoket. Kiranya macam anak baju la, ada poket untuk membolehlah kita simpan duit, hp dll.2 helai dah cukup
7. Seluar panjang umrah,
2 helai hitam dan putih untuk pakai dalam jubah labuh.
8. stokin ,
bawalah lebih sikit, 6 pasang pun ok...
9. stokin untuk saie,yang ada biji-biji kat bawah tu, Kak Ina beli 2 pasang di butik haji bandar tun razak. 
10.Kain batik basahan untuk mandi, sehelai dah cukup.
11. Pakaian dalam yang mencukupi
12. Baju tidur kelawar/baju tidur. 
13. Tuala mandi, Kak Ina bawa sehelai. Beli di Dechatleon, tualanya nipis tapi menyerap air. Bawa jer sebab kadang-kadang ada hotel yang tak sediakan tuala mandi
14. Tuala muka, sehelai.
15. Keperluan diri, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, deodoran, syampoo, sikat, tuala wanita dll. Untuk Umrah, belilah yang tiada bau kerana ketika umrah kita terikat dengan larangan-larangan. 
16. sabun basuh baju, kalau korang nak basuh baju waktu malam kenalah bawa. Atau boleh basuh baju di kedai2 Dobi yang berhampiran dengan kawasan hotel
17. Gunting kecil untuk tahalul nanti
18. International plug, yang ni WAJIB bawa. Kalau tak bawa nanti camner nak caj henpon tu. 
19. Kunci mangga yg kecik tu untuk lock beg nanti.
20. Cermin mata hitam. Kat sana panas, jadi pakailer spek hitam untuk lindung mata dari cuaca panas. Jangan la beli kat uptown, sebaiknya belilah di kedai cermin mata kerana ada perlindungan uv. 
21. Ubat-ubatan seperti Panadol, ubat sakit urat, ubat selsema, supplement, ubat batuk, vicks, ubat sakit tekak
22. Kasut/ Selipar. Selipar untuk pakai ke masjid manakala kasut  pakai ketika ziarah. Beg bunjut kasut jangan lupa yer. Masukkan selipar ke dalam tu skali. Oh ya, dalam beg bunjut tu masukkan juga beg plastik. Mula2 masukkan kasut dalam beg plastik, kemudian baru masukkan ke dalam beg kain tu. 
23. Sejadah kecil.
Boleh bawa dari Malaysia atau nak beli kat sana pun boleh. 
Moga sedikit sebanyak senarai keperluan ni membantu sahabat-sahabat  yang pertama kali mengerjakan umrah.
Boleh SHARE, moga bermanfaat.

Sunday, 24 November 2019

Tips Sebelum Berangkat Mengerjakan Umrah



Pasti ramai jemaah yang Kini sedang berkira-kira masa membilang hari yang berbaki beberapa hari saja lagi. Kami pun begitu. Tak sangka, tahun ini kami menerima panggilan menjadi tetamunya. Syukur Ya Allah
Ini adalah waktu terbaik untuk kita  mula membuat aktiviti regangan badan. Pastikan mental dan fizikal kita bersedia untuk menerima ujian sebagai tetamu Allah nanti. 

Antara tips terbaik:
1. Uji stamina badan masing-masing untuk biasakan diri berjalan jauh sebab rata-rata aktiviti kita di sana nanti akan banyak menggunakan kaki dan tenaga. Saya dan suami akan berjalan2 di taman tasik. Kalau hujan jalan2 di shopping mall saja lah. Hahaha... opsss... sapa kata jalan2 di shopping mall tak penat?? kiralah jaraknya, baru tau 

2. Manfaatkan waktu ni dengan aktiviti menguatkan fizikal badan supaya tubuh kita sihat dan fit untuk mengerjakan ibadah umrah. Maklumlah, tawaf dan saie bukanlah satu perjalanan yang pendek. 

3. Pakat sama-sama jaga makan minum, pastikan kesihatan menjadi keutamaan kita semua ketika ini.
 Jangan minum air tebu jika anda baru jer sampai. Bimbang jika sakit tekak dan batuk. Ubat-ubat di Madinah dan Mekah agak mahal berbanding harga di Malaysia. Sebab itu, kita disuruh membawa ubat-ubatan yang sepatutnya. Saya seorang pesakit asma, jadi 4 bagasi saya akan ada dengan satu inhaler. Hehehe

4. Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Ini juga satu latihan untuk menjadikan disiplin diri supaya selesa dengan suasana masjid.

5. Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis.

6. Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ini sebenarnya melatih kita semasa di sana nanti, takkan kita nk buat solat wajib sahaja. Setiap waktu akan diisi dengan melakukan solat-solat sunat. Tambahan pula jika memasuki Raudah. Manfaatkan sepenuhnya.

Kawan saya ada memberi sedikit tips semasa di dalam Raudah. Buatlah solat sunat apapun selagi tidak dihalau oleh pegawai keselamatan. Hehehehe..... katanya, sampai dia pun dah tak tau nk buat solat sunat apa, selagi pegawai bertugas tidak menyuruh keluar, dia akan solat, solat dan solat.

7. Perbanyakkan Membaca Al-Quran Beserta Terjemahan. Ya, kita akan lebih mendalami dan memahami isi kandungan al quran. Ya Allah, hebat sungguh isi kandungan kalamMu

8. Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah. Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut.

9. Perkemaskan kefahaman tentang ibadah umrah untuk mendapat penyucian diri yang sempurna.

Image may contain: 1 person


[close]