Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

Aduhai Orang Gomen

Bukan nk mengata, tapi takkanlah sampai keluar surat pekeliling ni kan !!


Bila terlampau disayangi (diberi bonus hari raya, bonus hujung tahun, kenaikan gaji, itu ini...) janganlah pulak ambil kesempatan. Sepatutnya berikan khidmat terbaik, setanding dengan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan. 



*** sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Sunday, 25 December 2011

Lawak Cyber

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi!

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook!

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.

MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!



Hahaha...


(artikel disalin dari FB WUJUD..TQ !!! )

Saturday, 25 December 2010

Ada Apa di Sri Kembangan

Holaaa.... hari ni aku nk promosikan sikit tempat aku, Sri Kembangan. Sapa yang pernah sampai sini angkat tangan? sini kawasan baru. So pembangunan masih lagi berjalan. Kalau 5 tahun lepas, sapa pun taknk duduk kat Taman Puncak Jalil ni, diorang kata tempat jin bertendang. Mana tidaknya, jalan nk masuk ke kawasan rumah aje dah macam roller coster. Takde kemudahan bas ataupun teksi. Kalau sapa dari LRT Bukit Jalil nk ke sini, teksi mesti caj lebih sbb perjalanan balik yang jauh.Cian

Dulu kalau habis brang dapur, hanya ada kedai2 runcit yang cekik leher (harga barang yang berlipat kali ganda).Kini dh banyak pasaraya yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dah ada My Mydin, Pasaraya Khas dan Speed 99. Barang2 pun murah dan barang basah pun segar-segar.

Dulu susah jugak nk shopping. Paling dekat pun The Mines Sri Kembangan ataupun pegi saja ke Puchong ataupun Sunway. Bagi yang suka masuk KL, tentu banyak pilihan lain.

Kini penduduk Taman Puncak Jalil tak perlu keluar jauh untuk shopping. Dah banyak pusat membeli belah dibuka. Pilih saja mana yang berkenan. Pokoknya UWANG ! (eh..dh macam minah endon la plak)


 Ada 2 Pasaraya Giant yang berdekatan dengan rumah aku ni, satu Giant Bandar Kinrara, dan yang terbaru ni Giant Sri Kembangan. Menurut cerita rakanku, Giant ni taklah sebesar Giant Kinrara tu. Aku pun belum berkesempatan menjelajah ke Giant ni. Tapi dengar kata ada butik wanita yang menjual baju yang cantik dengan harga berpatutan. Ermmm..ni yang terpanggil ni...
Harga barangan di Giant boleh la tahan. Servis pun cepat jugak. Tapi bab tandas tu kureng la sikit. Tandasnya kotor. Mungkin pekerja pembersihan malas nk bersih banyak kali kot. Yelah..orang kan ramai..so bila banyak yang guna tandas, tentulah kotor

Bazaar Rakyat. Dulu tempat ni sunyi sepi. Kedai2 yang ada ibarat hidup segan mati tak mau. Tapi kini sejak dibuka Uptown, dh ramai pengunjung ke sini. Aku pernah la sekali dua ke sini. Dulu laaa... masa tu jalan masuk ke tempat ni masih tak elok. So kotor la tayar kete  CLK aku...tu yang aku malas nk pegi tu...hehehe....(CLK=cute little kancil)

Haaa...Jusco ni aku pegi tiap2 bulan sebab nk bayar bil kad kredit.. dulu yer...skang ni kad kredit dh settle. Tapi skang dalam Jusco ni dh bukak kedai buku Popular. Alahai...tiap2 minggu aku pegi sini. Seronok dok dalam kedai buku tu.
Jusco ni sama ler macam Jusco kat tempat2 lain. Ada Pizza Hut, Kenny Roges, Sushi King, Pejabat Pos, My DIY dll. Tandasnya bersih dan wangi. Aku suka ke sini.


Ni South City Plaza, tempat aku suka main bowling, selain kat Mines Shopping Mall. Tapi tempat ni dh macam diabaikan. Tak banyak kedai yang bukak. Jalan nk naik ke bowling arena pun sunyi sepi dan gelap. Ada jugak Giant kat dalam ni, tp kecik jer. Laluan ke tempat letak kereta dan tandas juga gelap. OOOO....takut..kalau takde lelaki, janganlah cuba ke sini. Bahaya !!!

Wednesday, 12 May 2010

Suamiku Doktor Api

Jam pukul 5 petang. Suamiku sibuk menguruskan kolam ikan tilapianya di belakang rumah. Aku enggan membantu kerana terpaku di hadapan televisyen menyaksikan drama melayu kegemaranku.

Tiba-tiba telingaku diganggu oleh lagu Biru Mata Hitamku nyanyian kumpulan Wings. “eeee…telefon dia ni berbunyi plak..’ rungutkku sendirian. Perlahan aku mengankat punggung dan melangkah ke dapur. Aku tahu memang mustahil suamiku yang berada di luar rumah dapat mendengar panggilan itu.

Sebaik sahaja menatap skrin telefon bimbitnya, terpapar nama ‘Najib’, rakan setugas suamiku. “Hish, nak apa pulak si Najib ni, jangan2 kena suruh kerja kot,” aku berteka teki.

Panggilan itu sengaja kubiarkan padam dengan sendirinya. Malas hendak menyibuk. Lantak lah.

Tidak berapa lama kemudian, telefon bimbit suamiku berbunyi lagi. Kali ini bunyinya agak pendek. Menandakan ada pesanan ringkas yang dihantar. Aku membaca mesej itu. Agak panjang juga pesanan yang dihantar. Aku tidak berapa faham sangat kerana itu adalah urusan kerja, tapi yang pasti suamiku dipanggil bertugas.

Hati yang tenang tiba2 bertukar menjadi marah, geram dan sedih. Dengan keadaan kesihatanku yang tidak berapa elok, suamiku terpaksa berkerja malam dan membiarkan aku dan anak-anak bersendirian di rumah.

Aku bukannya takut akan hantu jembalang, tetapi sejak kebelakangan ini kawasan perumahan kami ini kembali kecoh dengan kes kecurian. Walaubagaimanapun, hati ini menjadi sedikit tenang kerana adanya system penggera rumah. Namun, tidur tanpa suami disisi lain rasanya. Aku tiada teman berbicara sebelum melelapkan mata.

Hari ni abang kena kerja malam lagi…eeee…tensionnya. Tapi apa nk buat kan. Bila sudah dinaikkan pangkat, tugas dan tanggungjawab akan bertambah. Tapi aku masih tidak berpuas hati, telah sebulan suamiku berkerja berterusan, tanpa cuti, tanpa rehat. Bila hendak memohon cuti tahunan, ada sahaja alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan, tiada penggantilah, orang lain sudah memohon cuti dahulu dan sebagainya.

Hingga hujung tahun, baki cuti tahunan masih banyak. Malah cuti itu tidak dapat dibawa ke tahun hadapannya. Setiap tahun, cuti terbuang begitu sahaja. Namun bila tiba masa untuk bersara kelak, semua cuti yang tidak digunakan terpaksa dihabiskan. Maka, terpaksalah mengambil tiga hingga empat bulan duduk di rumah, menghabiskan cuti tahun sebelum bersara. Di kala ini, boleh pula bercuti. Agaknya khidmat dari pekerja ‘tua’ sudah tidak perlukan.

Kadangkala, aku merasakan suamiku bagaikan seorang doktor. Bila ada pesakit yang sedang tenat, doktor itu akan dipanggil merawat pesakit. Namun tugas doktor itu menyelamatkan nyawa manusia, tapi tugas suamiku??

Bila sahaja telefon bimbit berbunyi, itu mesti panggilan kecemasan yang menyuruhkan kembali bertugas. Ada saja pokok tumbang sana sini, tiang letrik rebah ke bumi, stesyen janakuasa elektrik terbakar, meletup dan macam2 lagi permasalahan.

Kadangkala aku terfikir, hanya suamiku seorang sahajakah yang dipertanggungjawabkan dengan tugas2 demikian, padahal orang lain hanya memberi arahan dan bersenang lenang di rumah?

Pulang lewat pagi, dengan hanya tidur sejam dua dan terpaksa kembali bertugas, dimanakah soal keselamatan dan kebajikan pekerja?

Kalau begitu, lebih baik menjadi pekerja bawahan biasa. Suka hati boleh ambil cuti dan meluangkan banyak masa bersama keluarga.

Apa daya? Selagi hayat dikandung badan, terpaksalah berbakti kepada negara. “cisss..negara konon…”




Inilah video kerja2 sebenar laki aku...bukan kerja senang tau..penuh risiko..




Setiap kali suamiku keluar bekerja, aku tidak pernah putus memohon doa ke hadrat Ilahi agar dia selamat ditempat kerja, dan kembali ke rumah dengan senyuman.

Saturday, 22 August 2009

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan datang lagi. Dikala insan lain berlumba2 beribadat dan bersukaria menyambut kedatangan ramadhan yang mulia, namun aku sebaliknya. Kedatanganmu memilukan aku. Suatu bulan yang penuh dengan kesedihan bagiku. Banyak detik2 manis sepanjang ramadhan yang tidak dapat kuulangi lagi. Hanya tinggal memori indah yang terpatri kaku tanpa dapat aku mengimbasnya lagi.
Dikala warga kota bersesak-sesak beratur membeli tiket bas atau keretapi stesyen, aku hanya mampu memerhati. Kesusahan mereka beratur hari ini dicelah ratusan manusia akan terbalas dengan lambaian desa yang penuh keindahan. Namun aku? aku tidak punya semua itu lagi. Semuanya telah tinggal menjadi kenangan.
Semoga Ramadhan kali ini akan dapat memberi ketenangan pada diriku...Amin !!
[close]