Thursday, 4 October 2018

Kenyataan Bodoh oleh si Bodoh

KUALA LUMPUR 4 Okt - Seorang pengguna Facebook memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana memberi komen yang tidak menyenangkan terhadap tragedi yang menimpa enam anggota bomba yang maut ketika melakukan usaha menyelamat.

Permohonan maaf tersebut dikeluarkan selepas akaun Facebook beliau dilimpahi kritikan dari warganet.
yang tidak senang dengan komen beliau berhubung tragedi tersebut di media sosial tersebut

.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya Syah C* memohon maaf atas kenyataan yang telah saya kelaurkan yang mungkin tidak menyenangkan hati semua pihak," kata pengguna Facebook tersebut.

Tidak sampai 40 minit permohonan maaf dikeluarkan, hantaran tersebut menerima 3,300 komen dari warga net.

Pengguna Facebook berkenaan sebelum ini menyifatkan enam anggota penyelamat berkenaan sebagai tidak cukup ilmu sehingga terkorban.

"Apalah b sangat. Nak cari seorang enam m*, kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat," kata pengguna Facebook tersebut.

Komen beliau menjadi tular di media sosial sehingga mengakibatkan akaun Facebook beliau dilimpahi kritikan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong berkenaan.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Empat daripada mangsa terkorban adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi, anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.



*




Namun saya tertawa sendirian membaca komen saudara Rahmat ini,
Orang Bodoh Otaknya di Lidah 😁

Hahahaha.... Ada kebenarannya.

Ko terasa? memang kau bodoh laaaaaa

No comments:

Post a Comment

[close]