Keadaan bertambah kecoh sampai aku disuruh datang mendengar cerita terbaru. Walau jauh berpuluh kilometer, ku gagahkan jua memandu demi seorang sepupu. Katanya dia memasak sesuatu yang istimewa dan kami boleh menikmati hidangan itu semasa sessi bergosip nanti.
Sampai saja aku dihalaman rumahnya, pintu pagar rumah sudah sedia terbuka. Cuma permaidani merah sahaja tidak dibentang menyambut ketibaanku. Hahahahaha
"Assalamualaikum !!" aku memberi salam kepada tuan rumah
"Indah, masuklah, aku tengah masak ni," laung Tina dari dapur. Mulutnya kecoh bersembang dengan beberapa orang lagi sepupuku.
Oh, rupanya bukan aku seorang sahaja yang dijemput. Sepupuku yang lain juga menyertai program minum petang hari ini. Aku terus ke dapur dan meletakkan buah tangan yang kubeli tadi di atas meja. Sebiji kek kegemaran anak-anak buahku. Tentunya dari cafe terkenal dengan "resepi rahsia"nya.
"Apa cerita sebenarnya?" tanyaku dengan tidak sabar.
"Si Idah lari dari rumah !!," kata Tina
Aku terkejut. Sebelum ini sudah ku dengar pergolakan rumahtangganya, namun tidak menjangka Idah akan mengambil keputusan begini. Melarikan diri bukan jalan menyelesaikan masalah.
"Pagi tadi si Fendi datang ke sini, bertanya kalau Idah ada datang. Terkejut lah aku," cerita Tina lagi.
"Fuhh, apa puncanya sampai lari dari rumah ni?" tanya Rita, kakak kepada Tina
"Ala Ngah, takkan kau tak faham, mestilah sebab duit. Fendi tu kan tak bekerja sekarang ni. Dan kalau ada kerja pun, tak lama di sesuatu tempat. Siapa yang tahan. Semua hal rumahtangga di Idah yang tanggung. Baik tak payah bersuami macam tu, " cerita Tina yang selesai menggoreng keropok lekor. Dia meletakkan ke dalam pinggan dan hidangkan kepada kami
"Mana Idah sekarang ni??," tanya aku lagi. Kek di dalam kotak, aku keluarkan dan potong kecil. Anak2 buah kelihatan gembira ketika aku mengagihkan kek itu kepada mereka.
"Tadi dia ada telefon aku, katanya nk bersendirian. Di rumah kawan katanya," cerita Tina panjang lebar. Dari dapur, kami menyambung perbualan di ruang tamu tamu.
"Cerita Idah lari dari rumah kami simpan baik-baik yer, jangan sampai sedara lain tahu. Nanti mesti kecoh," kata Rita pula. Sebagai kakak yang sulung, dia bertindak wajar menjaga maruah keluarga.
"Biar dia rasa. Nak sangat kawin dengan si Fendi tu kan, terima lah !!"
"Harapkan muka sahaja hensome, tetapi takde duit, nak buat apa. Si Idah jangan kata nak beli baju, beli sabun pencuci muka pun tak mampu," marah Tina.
Inilah kehidupan. Sehari dua, kita masih boleh bertahan dengan kedaifan hidup. Jika selamanya berlarutan??? Sanggupkah mengutip besi buruk, botol, tin-tin kosong dan suratkhabar terpakai untuk ditukarkan dengan secupak beras. Mampukah mengail berjam-jam di muara sungai mencari seekor dua gelama untuk digulai bersama pucuk ubi?
Ku kira tahap kesabaran Idah sudah tiba dikemuncaknya.

Aku??? Tidak ku hairan dengan rupa paras menawan namun berhati syaitan !! Opsss... kau juga jangan perasan wajahmu itu tampan, kerana hidup denganmu tiada masa depan !!
eh, eh..pantun apakah ini??? hahahahaha
No comments:
Post a Comment