Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,
“Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”.
Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW,
“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”
Kebelakangan ini, saya sering kali terserempak dengan 'orang alim' yang mulutnya berpuaka. Masyaalah....dia berpurdah, namun hatinya masih belum bersih. Tutur katanya menyakitkan hati si pendengar. Bila saya mengajukan hal ini kepada rakan, mereka hanya tersengih seraya berkata, "biasalah, orang tak nampak rias wajahnya, maka mulutnya bebas berkata apa sahaja!"
Teringat peristiwa pada suatu petang, ketika saya dan beberapa orang sedang selesa menghirup kopi segar di cafe, kami didatangi oleh seorang wanita berpurdah hitam. Ditangannya membawa dua beg plastik besar berisi aneka keropok.
Entah kenapa hari ini boleh pula penjual masuk ke cafe. Selalunya pengurus cafe pasti akan menghalang jika mereka ingin melangkah masuk. Mungkin si pengurus terlepas pandang.

Kumpulan kami disapa, dan seperti biasa kami menolak dari membeli jualannya. "Terima kasih la kak, kami dah kenyang," kata Siti kepada wanita berpurdah itu
"Allah, lepak di cafe mahal mampu, tapi nak beli barang seringgit dua pun tak mampu, patutnya tolonglah sesama Islam !"
Kami tersentak dengan kata-katanya. Aku seakan ingin menjawab tetapi tanganku di kuis oleh Mira. Mereka tahu jika aku menjawab, pasti satu cafe akan riuh. Aku panas baran.
Kami tidak mengendahkan kata-kata wanita berpurdah itu dan dia berlalu pergi.
"Tengok, pakai purdah tutup sampai nampak mata jer, tapi mulutnya, masyaalah, tak dapat diterbitkan dengan ungkapan !!" kata aku geram
"Dia rasa dia ahli syurga, jadi mulutnya bebas berkata apa sahaja, tanpa memikirkan dosa, tanpa memikirkan perasaan orang yang mendengar !" kata Mira
"Otaknya belum sempurna," sinis sahaja Siti memerli.
Ya, aku setuju dengan kata-kata Siti. Hanya orang bodoh sahaja yang bertindak demikian. Orang bijak akan berfikir sebelum melontar kata. Oleh itu aku membuat kesimpulan untuk menjauhkan diri dari orang-orang BODOH !!
No comments:
Post a Comment