Tuesday, 30 December 2008

Hukum Karma

Percaya tak pada hukum karma? Ianya dikira sebagai segala perbuatan akan mendapat balasan. Tak kiralah perbuatan baik atau buruk, iklas atau penuh kepuraan.

Aku bukanlah seorang pendita agama, tetapi aku percaya segala perbuatan baik akan mendapat manfaatnya, dan segala dosa yang dilakukan akan menerima padahnya. Tak kira di dunia hakiki mahupun balasan akhirat.

Bagi aku, lebih baik menerima balasan di dunia, kerana dari situ kita akan sedar siapa diri kita ini. Seterusnya berubah kepada yang lebih baik. Mungkin sesetengah berpendapat, “ah, mati tu lain cerita, hal akhirat tu soal kedua,” Itu pendapat si jahil. Orang yang leka dengan nikmat dunia. Kenapa hendak diketepikan soal akhirat? Sanggupkan menerima pembalasan di sana nanti? Seksanya tidak tertanggung.

Kita hanyalah insan kerdil utusan tuhan di muka bumi. Sebelum kita dipanggil pulang, lebih baiklah memperbanyakkan amalan, mengikis segala dosa agar perjalanan kita di sana tidak longlai dan layu di pertengahan. Wallahualam….

No comments:

Post a Comment

[close]