Tuesday, 30 December 2008

Kaya atau Miskin

JURANG HIDUP? Perlukah ada satu jurang yang memisahkan antara si kaya dengan miskin, tua dengan muda, pandai dengan bodoh.
Jika kita kata tak perlu bandingkan semua itu, kamu DUSTA. Kerana inilah hakikat sebuah kehidupan.

Usah merungkai sejarah 20 tahun dahulu pabila ada sesetengah orang tua yang tidak merestui hubungan anak meraka. Kononnya doktor tak boleh berkahwin dengan gadis penjual bunga. Si tukang kasut tidak layak dengan seorang primadona? Hal ini masih terjadi era kini. Sikap ini masih diwarisi untuk selamanya.

Kenapa masih ada orang kaya yang memandang hina pada orang miskin. Tak sedarkan mereka bahawa kekayaan di dunia ni hanya sementara. Jika tiba masanya, segala kemewahan itu boleh ditarik balik. Hidup ibarat satu putaran roda. Mungkin hari ini si miskin berada di bawah, dan tidak mustahil satu hari roda hidupnya akan berputar ke atas.
Bagi si kaya, ingatlah akan tiba masanya roda itu berputar ke bawah. Jaminan kewangan yang teguh tidak memadai, jika tidak dipanjatkan kesyukuran, memanjangkan sedekah jariah, dan saling membantu golongan yang tidak berupaya.

Pesanan untuk si miskin, hidup ini perlu ada perubahan. Bagi merubah sebuah kehidupan, perlu ada pengorbanan, penghijrahan. Usah diharap belas iklas dan sumbangan dari si kaya, kerana tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima.

No comments:

Post a Comment

[close]