Sunday, 24 November 2019

Tips Sebelum Berangkat Mengerjakan Umrah



Pasti ramai jemaah yang Kini sedang berkira-kira masa membilang hari yang berbaki beberapa hari saja lagi. Kami pun begitu. Tak sangka, tahun ini kami menerima panggilan menjadi tetamunya. Syukur Ya Allah
Ini adalah waktu terbaik untuk kita  mula membuat aktiviti regangan badan. Pastikan mental dan fizikal kita bersedia untuk menerima ujian sebagai tetamu Allah nanti. 

Antara tips terbaik:
1. Uji stamina badan masing-masing untuk biasakan diri berjalan jauh sebab rata-rata aktiviti kita di sana nanti akan banyak menggunakan kaki dan tenaga. Saya dan suami akan berjalan2 di taman tasik. Kalau hujan jalan2 di shopping mall saja lah. Hahaha... opsss... sapa kata jalan2 di shopping mall tak penat?? kiralah jaraknya, baru tau 

2. Manfaatkan waktu ni dengan aktiviti menguatkan fizikal badan supaya tubuh kita sihat dan fit untuk mengerjakan ibadah umrah. Maklumlah, tawaf dan saie bukanlah satu perjalanan yang pendek. 

3. Pakat sama-sama jaga makan minum, pastikan kesihatan menjadi keutamaan kita semua ketika ini.
 Jangan minum air tebu jika anda baru jer sampai. Bimbang jika sakit tekak dan batuk. Ubat-ubat di Madinah dan Mekah agak mahal berbanding harga di Malaysia. Sebab itu, kita disuruh membawa ubat-ubatan yang sepatutnya. Saya seorang pesakit asma, jadi 4 bagasi saya akan ada dengan satu inhaler. Hehehe

4. Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Ini juga satu latihan untuk menjadikan disiplin diri supaya selesa dengan suasana masjid.

5. Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis.

6. Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ini sebenarnya melatih kita semasa di sana nanti, takkan kita nk buat solat wajib sahaja. Setiap waktu akan diisi dengan melakukan solat-solat sunat. Tambahan pula jika memasuki Raudah. Manfaatkan sepenuhnya.

Kawan saya ada memberi sedikit tips semasa di dalam Raudah. Buatlah solat sunat apapun selagi tidak dihalau oleh pegawai keselamatan. Hehehehe..... katanya, sampai dia pun dah tak tau nk buat solat sunat apa, selagi pegawai bertugas tidak menyuruh keluar, dia akan solat, solat dan solat.

7. Perbanyakkan Membaca Al-Quran Beserta Terjemahan. Ya, kita akan lebih mendalami dan memahami isi kandungan al quran. Ya Allah, hebat sungguh isi kandungan kalamMu

8. Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah. Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut.

9. Perkemaskan kefahaman tentang ibadah umrah untuk mendapat penyucian diri yang sempurna.

Image may contain: 1 person


No comments:

Post a Comment

[close]