Assalamualaikum..... hari ni Kak Ina nak kongsi tips bagi jemaah wanita pula. Yelah, kita orang perempuan ni, kalau pegi travel beg mesti penuh kan. Tambah plak pegi Umrah, mesti nak lengkap semua.

SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI JEMAAH WANITA
---------------
---------------
ok, kat sini kak Ina cuba bantu uolls serba sedikit apa keperluan yang perlu di bawa untuk menunaikan umrah .
1. Al-Quran.
Bawa yang kecik jer tak perlu bawa yang besar. Bawa Al-Quran sendiri, mudahkan untuk kita mengaji dan tanda bacaan kita.
Bawa yang kecik jer tak perlu bawa yang besar. Bawa Al-Quran sendiri, mudahkan untuk kita mengaji dan tanda bacaan kita.
2. Telekung sembahyang.
Bawa telekung sahaja, kain tak perlu. Cukuplah bawa 2 pasang telekung sembahyang. Kak Ina bawak warna putih dan hitam.
Bawa telekung sahaja, kain tak perlu. Cukuplah bawa 2 pasang telekung sembahyang. Kak Ina bawak warna putih dan hitam.
3. Telekung umrah/ Mini Telekung/ Tudung Labuh.
Bolehlah pilih mana satu yang korang nak bawa. Kak Ina bawa Khimar dan tudung labuh. Jenis ni dia lebih praktikal untuk solat. Tak perlu salin telekung dah. Cantik pun ya. Takkan kita nk jadi tetamu Allah,kelihatan sememeh jer. Padahal kalo di Malaysia, bergaya mengalahkan artis. Hahahahaha. Tudung sarung labuh elok dipakai masa nak turun makan di hotel.

4. Jubah Seluar
Bawalah 3 pasang. Kak Ina beli di Sabella.com. Memang selesa fabriknya. Tapi Sabella ni takde poket. Berbanding dengan Jubah Marissa, lebih selesa, berpoket dan bergetah dibawahnya. So nk ambil wuduk pun selesa jer.

5. Jubah kain - kak Ina bawak satu jer, sebab boleh beli jubah cantik di Mekah dan Madinah, harga pun lebih murah. Hehehe....
6. Baju pagoda berpoket. Kiranya macam anak baju la, ada poket untuk membolehlah kita simpan duit, hp dll.2 helai dah cukup
7. Seluar panjang umrah,
2 helai hitam dan putih untuk pakai dalam jubah labuh.
2 helai hitam dan putih untuk pakai dalam jubah labuh.
8. stokin ,
bawalah lebih sikit, 6 pasang pun ok...
bawalah lebih sikit, 6 pasang pun ok...
9. stokin untuk saie,yang ada biji-biji kat bawah tu, Kak Ina beli 2 pasang di butik haji bandar tun razak.
10.Kain batik basahan untuk mandi, sehelai dah cukup.
11. Pakaian dalam yang mencukupi
12. Baju tidur kelawar/baju tidur.
13. Tuala mandi, Kak Ina bawa sehelai. Beli di Dechatleon, tualanya nipis tapi menyerap air. Bawa jer sebab kadang-kadang ada hotel yang tak sediakan tuala mandi
14. Tuala muka, sehelai.
15. Keperluan diri, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, deodoran, syampoo, sikat, tuala wanita dll. Untuk Umrah, belilah yang tiada bau kerana ketika umrah kita terikat dengan larangan-larangan.
16. sabun basuh baju, kalau korang nak basuh baju waktu malam kenalah bawa. Atau boleh basuh baju di kedai2 Dobi yang berhampiran dengan kawasan hotel
17. Gunting kecil untuk tahalul nanti
18. International plug, yang ni WAJIB bawa. Kalau tak bawa nanti camner nak caj henpon tu.
19. Kunci mangga yg kecik tu untuk lock beg nanti.
20. Cermin mata hitam. Kat sana panas, jadi pakailer spek hitam untuk lindung mata dari cuaca panas. Jangan la beli kat uptown, sebaiknya belilah di kedai cermin mata kerana ada perlindungan uv.
21. Ubat-ubatan seperti Panadol, ubat sakit urat, ubat selsema, supplement, ubat batuk, vicks, ubat sakit tekak
22. Kasut/ Selipar. Selipar untuk pakai ke masjid manakala kasut pakai ketika ziarah. Beg bunjut kasut jangan lupa yer. Masukkan selipar ke dalam tu skali. Oh ya, dalam beg bunjut tu masukkan juga beg plastik. Mula2 masukkan kasut dalam beg plastik, kemudian baru masukkan ke dalam beg kain tu.
23. Sejadah kecil.
Boleh bawa dari Malaysia atau nak beli kat sana pun boleh.
Boleh bawa dari Malaysia atau nak beli kat sana pun boleh.
Moga sedikit sebanyak senarai keperluan ni membantu sahabat-sahabat yang pertama kali mengerjakan umrah.
Boleh SHARE, moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment