Thursday, 16 January 2020

Panduan Memasuki Masjidil Haram



Bagi jemaah yang menginap di Safwa Towers. Sekiranya kita memasuki Masjid Haram, kita boleh menggunakan pintu King Abdul Aziz (pintu bernombor 1) atau pintu² bernombor 89,90,93,94,95 yang bersebelahan/berdekatan dengan pintu no. 1(Untuk makluman, pintu no 1 masih 'under renovation') . Kemudian, apabila kita turun sahaja menggunakan tangga/escalator menuju ke dataran Kaabah, kita pasti akan menghadap rukun Yamani.
.

Image may contain: outdoor


Menyusuri dari Rukun Yamani & apabila kita hendak melakukan tawaf....., selepas sahaja lampu hijau kita akan melalui atau terlihat beberapa papan tanda.
.
Mulanya kita akan lihat papan tanda bertulis "to Masaa" di sebelah kanan kita... ketika kita berjalan untuk tawaf. Lorong yang bertulis "To Masaa" itu juga sebenarnya bertentangan dengan rukun Iraqi. Di sebelah kiri & kanan lorong ini biasanya jemaah akan solat sunat tawaf sebelum bergerak ke kawasan Saei mengikut arah papan tanda yang bertulis "to Masaa" sehinggalah kita sampai ke kawasan saei.
.

Image may contain: one or more people and outdoor


Kemudian kita akan nampak Al Fath gate. Pintu Al Fath ini adalah bertentangan dengan rukun Iraqi dari sebelah dalam Masjidil Haram.
.
Selepas itu, apabila kita terus berjalan... kita akan terlihat King Abdullah gate. Pintu King Abdullah ini pula betul² menghadap Hijir Ismail atau Pancuran Emas dari dalam Masjidil Haram.
.
Next... Kita akan terpandang Al Umrah gate. Al-Umrah gate pula betul² menghadap rukun Syam dari dalam Masjidil Haram.
.
Seterusnya kita akan terjumpa pula King Fahad gate. Melaui Pintu King Fahad ini, kita boleh keluar dan menuju ke Hotel Hilton /Jabal Omar Conrad. Dari dalam Masjidil Haram, kedudukan pintu ini betul² menghadap dinding belakang pintu Kaabah.



Image may contain: 1 person, outdoor
.
Akhir sekali bila kita teruskan tawaf kita... Kita akan terlihat semula King Abdul Aziz gate.... Pintu yang bernombor 1. Pintu ini sebenarnya betul² berhadapan dengan Hotel Safwa Towers. Sekiranya sesat dari dalam Masjidil Haram, carilah pintu ini (berpandukan menara Jam Besar sebab melalui jalan ini kita boleh keluar juga melalui pintu² 89,90,93,94,95 ke Hotel Safwa Towers... Pintunya betul² menghadap Rukun Yamani dari dalam Masjidil Haram.
.

Image may contain: one or more people and outdoor


Semoga dapat memberi manfaat kepada jemaah² umrah/haji terutamanya bakal² tetamu Allah yang baru pertama kali dijemput menunaikan ibadah umrah/haji & juga agar dapat mengelakkan jemaah² daripada tersesat di dalam Masjidil Haram... In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

[close]