Monday, 13 January 2020

Keistimewaan Bumi Madinah


1. Allah jadikan Bumi Madinah sebagai Tanah Haram kerana doa Rasulullah S.A.W kepada bumi Madinah (Sahih Muslim 1374)

2. Madinah dinamakan dengan nama Thobah /Taibah . (Sahih Muslim )


3. Iman terkumpul di Madinah sebagaimana ular kembali ke sarang-nya (Sahih Bukhari 1876, Muslim 147)


4. Ganjaran besar jika bersabar di atas dugaan dan ujian (Sahih Muslim 1374)


5. Nabi mendoakan keberkatan pada bumi Madinah, pada timbangan gantang dan cupaknya. (Sahih Muslim 1374)


6. Setiap lorong dan jalan di jaga oleh dua Malaikat (Sahih Muslim 1374)


7. Taun dan Dajjal tidak akan masuk ke dalam bumi Madinah (Sahih Bukhari 1880, Muslim 1379)


8. Pada Madinah ada Masjid Nabawi, salah 1 dari 3 masjid yang Nabi galakkan untuk datang walaupun dengan susah payah. (Sahih Bukhari 1889, Muslim 1397)


9. Gandaan solat dalam Masjid Nabawi, lebih baik 1000x ganda dari solat di Masjid lain, selain Masjidil Haram di Makkah. (Sahih Bukhari 1190, Muslim 1394)


10. Adanya Masjid Quba (5KM dari Masjid Nabawi) yang mana jika mendatanginya dalam keadaan suci berwuduk, dan bersolat dalam masjid Quba, bagi pelaku itu ganjarannya umpama 1x umrah. (Musnad Ahmad 15981)


11. Adanya Raudhah Al-Sharif. Iaitu taman-taman Syurga, di antara bilik Nabi dan Mimbarnya (Sahih Bukhari 1196, Muslim 1391)


12. Di Madinah adanya Gunung Uhud. Bukit yang sangat mencintai Nabi Muhammad SAW, dan Nabi mengasihinya, dan bukit yang akan ada di dalam Syurga. (Sahih Bukhari 4422, Muslim 1391)


13. Tumbuh didalamnya satu jenis pokok Kurma yang diberi nama Al-Ajwa, jika di makan 7 biji setiap pagi, akan terlindung dari racun dan sihir (Sahih Bukhari 5445, Muslim 2047)


14. Allah akan menghancurkan sesiapa yang berniat jahat kepada ahli Madinah seperti mana garam larut di dalam air (Sahih Bukhari 1877, Muslim 1383)


15. Di madinah adanya makam Rasullullah, dan ribuan para Sahabat, Tabieen, Tabi' Tabieen, para Ulama, Syuhada, Wali yang telah di kebumikan di (Baqi' Al Gharqad.)









































Jom Ziarah Madinah💞🕌

Saya doakan semoga Allah menjemput kita sekeluarga datang ke HARAMAIN lagi..Bagi yang belum pernah Hadir..Saya doakan Semoga kalian dimurahkan rezeki dn dijemput ke TANAH SUCI.🕋🕌

No comments:

Post a Comment

[close]