Wednesday, 7 September 2016

Coretan Gadis Niqabi

Dipetik dari FB Ustaz Ahmad Nasir
===========================


Dulu, saya tak tutup aurat. Saya tidaklah cantik sebagaimana digembar-gemburkan jiran-jiran saya.

Sengaja saya selfie ikut sudut yang nampak cantik dan muatnaik di Instagram atau Facebook.

Kadang, ambil gambar dari sudut atas bagi nampak kurus.

Kadang, ambil gambar cuping telinga saja sebab hanya itulah bahagian yang cantik ada pada saya.

Permainan crop gambar semata. Dapat 3,000 hearts okay satu cuping.
.
Suatu hari, ada seorang jejaka hensem menginbox saya. Saya teruja sangat. Beliau berkata,
.
"Pakai tudunglah, serabut aku tengok."
.
Saya hampir pengsan mencair membaca ayat beliau itu.

Lelaki-lelaki bermuka hodoh, saya block terus tak perlulah memandai nak menasihati saya.

Hati saya berdebar-debar. Maka, saya buat keputusan hari tu, saya nak bertudung.

Saya terus tempah on-line tudung yang berkilat satin tu.

Saya belajar pakai di Youtube.

Akhirnya, saya pun upload gambar bertudung. Saya berdebar menantikan respon.
.

Sekali lagi, jejaka tu inbox.
.
"Tu tudung ke sapu tangan? Pendek nak mampos. Labuh sikitlah."
.
Saya teruja sangat-sangat membaca respon beliau. Gembira pun ada, sebak pun ada. Tak tau lah pulak rupa2nya si dia rajin stalk saya...kali ni dia pakai akaun lain...

Terus saya tempah lagi tudung lain. Kali ini, bidang 180.

Saya main hentam saja. Muat naik gambar dan tunggu respon. Sekali lagi, jejaka tu inbox.
.
"Tudung ke langsir tu? Aduhai labuh pun agak-agaklah."
.
Saya hampir saja menangis kegembiraan. Cepat-cepat tempah tudung lain. Kali ini, purdah. Saya muatnaik.

Dalam masa 10 minit, saya dapat beribu likes!

Terkejut saya. Malahan, bukan seorang jejaka hensem sahaja yang inbox saya.

15 jejaka hensem...! !
.
Setiap dari mereka mesej ayat-ayat manis super Islamik.

Tapi, point mereka satu saja. Nak melihat wajah di sebalik tabir hitam ini.

14 dari mereka minta nak tengok, saya relakan tengok sebab mereka kata nak buat isteri.

Tapi, lepas tengok, mereka cakap,
.
"Bukan lawa sangat pun nak pakai purdah bagai."
.
Akhirnya keempat-empat belas jejaka itu mendiamkan diri.

Hindari saya. Siap block lagi saya. Saya sedih. Jejaka yang pertama tadi tiba-tiba inbox saya,
.
"Aku suruh kau tutup aurat untuk hijabkan diri kau dari benda tak elok, bukan tutup untuk memikat.
.
Kau sepatutnya cuba raih perhatian Allah. Bukan perhatian orang. Allah bagi otak, fikir. Bukan suruh gedik. Ngek."
.
Saya terus menangis berderaian air mata berhamburan ke cermin laptop saya.

Tapi.....tiba-tiba, masuk mesej lagi di inbox.
.
"Sebab kau ni jenis lurus sangat, bagi aku alamat rumah kau, aku datang minang kau. Dah kau tak reti jaga diri sendiri.....
Biar aku yang jagakan."

No comments:

Post a Comment

[close]