Rintik hujan malam itu seakan mengerti akan ada sebuah perpisahan. Aku gagahi menyusuri jalan kelam di lorong sunyi. Tanpa sedikitpun rasa takut, aku langkahkan kaki menuju ke perhentian bas di hadapan rumahmu. Petang tadi kita telahpun mencapai putus untuk berjumpa dan menyelesaikan segala ragu. Mungkinkan semua kesangsian bakal terungkai?
Tanpa ku sedari, langkahku diperhati. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di batu sejuk perhentian bas itu, kau pun tiba.
Aku cuma mampu melempar senyuman. Kau duduk disebelahku. Kita masih membisu. Siapakan yang bakal memula bicara?
Akhirnya kau akur, munkin kita perlukan masa mengenal siapa diri kita. Kau memberi ruang padaku untuk berfikir dan memilih siapa yang terbaik. Siapa yang berjaya mencuri hatiku. Pilihan sebagai teman sehidup semati.
Tika itu, aku tidak mampu memberi keputusan yang mungkin membahagiakan dirimu. Disana jua menanti kata putus dariku. Kau juga berharap demikian. Aku di persimpangan kasih.
Rembulan sayu malam itu menjadi saksi pertemuan terakhir kita. Masih sempat ku kucup tanganmu memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang percintaan kita. Senyuman hambar masih upaya kau ukir biarpun kau tahu itu adalah detik perpisahan kita
Kau masih cekal, ego lelaki masih utuh tanpa dapat kau lebur tembok kesedihan itu. Kupanjatkan harapan agar kau bahagia menempuhi hari-hari mendatang tanpaku disisi. Izinkan aku abadikan kenangan indah bersamamu sebagai peneman duka dikala sunyi.
Aku pulang dengan sesalan. Bimbang dukamu meleret sengsara. Resah mimpimu melerai nestapa. Semoga bakal ada sinar penyuluh ketawa. Buatmu insan mencoret bahagia !!
sedih :(
ReplyDelete