Tuesday, 1 December 2009

Bahana mengambil hak orang lain

Semalam, aku menerima panggilan dari seorang saudara (kakak angkat) dari tempat kelahiranku yang telah lama aku tinggalkan. Katanya ada seorang saudara seagama sedang nazak dan menderita penyakit yang tidak diketahui. Aku hanya tersenyum, dan dalam hati "em...padan muka, ini baru balasan di dunia, belum di akhiran lagi".

Berkat doa aku dan ibu sudah terkabul. Kami hanya berdoa setiap kali selesai solat barangsiapa yang menganiayai kami anak beranak dan mengambil hak kami yang sepatutnya, kami meminta agar Allah Taala memberi balasan yang sepatutnya. Bukan guna bomoh, tidak perlu jumpa dukun, hanya mengadah tangan memohon simpati yang Esa.


Menurut kak Mas, Pak Said mengidap penyakit misteri, perutnya membusung dan tidak boleh bangun langsung. Sudah puas anak2nya mendapatkan rawatan tradisional dan moden, namun tidak berhasil. Akhirnya, mereka bertanya kepada sahabat handai dan kenalan jikalau ayah mereka ada membuat sebarang kesilapan, terambil hak orang lain dan sebagainya.

Rahsia sudah lama tersimpan. Kak Mas dan suaminya pun menceritakan hal sebenar. Mana tau jika ia boleh membantu. Segala perbuatan melampau yang dilakukan terhadap aku dan ibu diceritakan segalanya.

Siapa dia? saudara aku kah? bukan. Sekadar kenalan arwah ayah yang mengambil kesempatan setelah kematian ayahku. Rumah kami didiami secara percuma kemudian dijualnya segala barang milik kami. Tidak cukup dengan itu, rumah dirobohkan, tanah tempat rumah kami dijual, dan hasil wang itu digunakan untuk bersuka ria bersama wanita2 indonesia yang seksi dan tertaraf pisau cukur. Jika dulu rambut putih ditutup dengan kopiah, namun setelah menikmati kesenangan sementara, rambut putih bertukar perang. berseluar jean, dan bertelefon bimbit keluaran terkini.

Aku dan ibu? hanya berserah kepada ketentuan Ilahi. Jika ini yang bakal kami terima setelah ketiadaan ayah, kami pasrah. Daerah kelahiran itu kami tinggalkan dengan seribu kesedihan. Tanpa ingin berpaling lagi, aku dan ibu terus melangkah mencari sinar kehidupan baru.

Bagi aku, harta dunia boleh dicari. Wang ringgit senang diperolehi. Namun semua itu mesti halal dan berkat untuk memperolehi kehidupan yang selesa. Aku bersyukur kerana semua kesenangan yang aku miliki hari ini adalah dari hasil usaha kami bersama.


********************************


"oooo...patutlah..agaknya inilah balasan tuhan terhadap ayah," kata salah seorang anak Pak Said. Anaknya meminta agar Kak Mas segera menghubungi aku dan mak dan memohon agar memaafkan kesalahan ayahnya agar segala urusan dipermudahkan.

Bagi aku, bukan senang untuk memaafkan orang yang telah menitiskan airmata ibuku, dan membuat hati ibu terluka dan sengsara. Tidak. Tidak sesekali. Segala hutang piutang mesti dijelaskan sebelum aku dan ibu memaafkan orang tua itu. Biarpun ajal datang menghampiri, namun agak payah untuk memaafkannya begitu sahaja.

Dia telah merampas segala milik kami. Sejarah kanak2 aku luput begitu saja. Aku sudah tiada kampung untuk dikunjungi setiap kali menjelang hari raya ataupun cuti panjang. Aku sudah tidak berkesempatan melawat pusara ayahanda dan saudara-mara lain angkara beliau. Aku hilang segalanya. Perasaan benci untuk pulang ke tempat itu masih membara dalam diri aku.

Wajarkah, dengan hanya ungkapan "maafkan ayah saya" aku boleh melupakan semua kekejaman itu? Jawapan bagi pihak aku adalah TIDAK.







P/s: Pandangan pengunjung blog dan kawan2 dialu-alukan. Sekadar berkongsi pendapat. Aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.

2 comments:

  1. Allah suka umatnya bermaaf2an tp mungkin saya tidak layak memberi nasihat ... Semoga anda diberi taufik dan hidayat.
    Precious

    ReplyDelete
  2. Hati saya ni lembut, kat luar mmg marah, tapi dalam hati saya dh maafkan, bagi saya harta dunia boleh dicari.

    ReplyDelete

[close]