Wednesday, 14 October 2009

Pergi Tak Kembali

Hari Isnin lepas, kami kehilangan seorang ibu saudara yang tersiksa akibat penyakit kanser payudara. Penderitaan selama 5 tahun itu berakhir pada pagi Isnin, jam 5.30 pagi. Arwah Halijah binti Osman selamat dikebumikan di tanah perkuburan batu 13 Hulu Langat Selangor. Alfatihah.........



Dalam tahun ini, seorang demi seorang saudara dan kenalan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Rasa takut menyelubungi jiwa. Bila agaknya giliran aku? Bersediakan aku kehilangan orang yang disayang lagi??

Aku telah kehilangan 2 orang ibu saudara yang amat ku sayang. Untuk tidak berasa sedih akan kehilangan buat selama-lamanya itu, aku bertekad untuk tidak melihat wajah kedua2 mereka buat kali terakhir? kenapa? aku tidak mahu mengingati peristiwa hari terakhir itu. Tidak sanggup aku melihat wajah orang yang aku sayangi dikafan dan jenazah mereka diusung pergi.

Namun begitu kehilangan ayahanda tersayang tiga tahun lepas masih tidak dapat aku lupakan. Aku tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, hanya memandang tanah kubur yang kemerahan. Aku pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Semoga insan-insan yang aku sayang damai di sana. Amin !!

2 comments:

  1. salam,
    yang pergi tetap pergi,
    kita juga kan ke sana,
    menanti...sesaat dihadapan.
    bersedialah..

    ReplyDelete
  2. yea la tahun nie banyak org yg kita kenali pergi duru dari kita...

    apa pun itu proses biasa bagi setiap yg bernyawa !

    ReplyDelete

[close]