Kebiasaannya, hari sabtu begini kenderaan akan bersesak2 beratur
menunggu lampu isyarat di simpang masuk
ke Pasaraya Giant. Sambil memandu otak Dhila giat berfikir jalan manakah yang
harus diambil bagi mengelakkan dia beratur panjang dan menunggu lama.
Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.50 pagi. Uhhh…majlis
kesyukuran itu bermula pukul 11. Dia mengagak, pasti tetamu telah tiba, dan
sepupu-sepupunya yang lain pasti
bertanya tentang dirinya yang masih belum muncul.
Belum sempat habis berfikir tentang ahli-ahli keluarganya,
telefon bimbitnya berdering. Dhila menjeling, dan terlihat nama Arissa di skrin
telefon bimbitnya. “Huh..panjang umur sepupu aku nih,” kata Dhila sendirian.
Akhirnya Dhila mengambil keputusan mengikut jalan lain, yang
pasti tidak ada ‘jem’ ataupun traffic light. Pedal minyak segera ditekan, dan
kereta jenis Nissan X Trail segera meluncur laju.
Setelah memasuki simpang, fikiran Dhila digamit memori lama.
Di situlah dia pernah berjalan kaki, berjalan seiringan berpegangan tangan menuju ke stesyen komuter bersama insan yang
pernah dia sayang. Walau jarak perjalanan dari rumah pakciknya ke stesyen
komuter itu agak jauh, namun bila seseorang dilamun cinta, jarak yg jauh
dirasakan dekat. Masa berlalu begitu pantas
Dhila segera memperlahankan keretanya. Kini dia menghampiri
kawasan perumahan teres 2 tingkat. Dari jauh dia memerhati sebuah rumah lot tepi berwarna putih. Bentuk rumahnya masih
sama, cuma tuannya sudah bertukar tangan. Hiasan luarannya juga turut berubah.
Jika dulu ia sebuah rumah bujang dimana
beranda hadapannya penuh dengan motorsikal pelbagai jenama besar dan kecil,
kini kelihatan sebuah kereta Proton
Wira. Kelihatan anak-anak kecil bermain di hadapan rumah
Tiba-tiba hatinya sayu, Dhila memberhentikan keretanya di
hadapan perhentian bas, bersebelahan dengan rumah itu. Dilemparkan pandangan ke arah
hentian bas yang kosong. Tanpa disedari, airmata menitis laju.
“Sudah muktamadkah keputusan Dee?” tanya Hardi dengan harapan
menggunung agar Dhila tidak merencanakan hasratnya
Dhila mengangguk perlahan. Kegelapan malam tidak mengaburkan
pandangan Hardi terhadap Dhila. Jejaka berambut
kerinting itu hanya diam.
“Apakah kesalahan Har? Kurangkah kasih sayang yang Har bagi
selama ini?”
Dhila serba salah. Dia amat sayangkan Hardi, namun hatinya
berbelah bagi dengan dengan sikap Hardi yang tidak bersungguh-sungguh dalam
hubungan mereka. Mereka merancang membina istana cinta, namun Hardi tidak dapat
memberikan kata putus. Dhila ingin mengikat tali pertunangan dahulu, malangnya
Hardi belum bersedia. Mungkin kurang berkemampuan untuk melangkah ke alam perkahwinan, memandangkan Hardi hanya bekerja sebagai seorang operator biasa di sebuah kilang.
“Har tak salah apa-apa, cuma Dee rasa, biarlah kita berkawan
macam biasa. Jika ada jodoh antara kita, adalah. Kalau tak ada, Dee pasrah akan
ketentuanNya,” jawab Dee perlahan
Hardi terdiam dan kemudian bertanya, “apakah sebab Har tak mahu menghantar
rombongan meminang, Dee terus nak putuskan hubungan kita?”
“Entahlah Har, tapi Dee rasa, baik kita relax dulu, biarlah segalanya ditentukan olehNya. Lagipun Dee sibuk dengan final year, mana nk siapkan tesis,
assignment , Dee risau tak dapat bagi perhatian pada Har. Rasanya biarlah
Dee tumpukan pada pelajaran dulu,” Dhila memberi alasan.
“Atau Dee dah ada lelaki lain?” suara Hardi agak kuat
menyebabkan Dhila tersentak. Titis hujan mula lebat, menyebabkan atap zink
dihentian bas itu mengeluarkan irama bising.
Dhila menoleh ke arah Hardi. Jejaka berkulit putih berketinggian
sederhana yang menambat hatinya untuk beberapa tahun ini. Walaupun usia mereka sebaya, namun Hardi lebih
matang. Sikap romantik dan terlalu mengambil berat akan diri Dhila membuatkan
hubungan mereka bertahan hampir 2 tahun.
“Biarlah Dee memilih
haluan sendiri, dan Har juga bebas mencorakkan masa depan yang lebih baik,” Dhila memberi
kata-kata akhir.
Hardi ternoktah dengan kata-kata Dhila. Mungkin perpisahan sementara ini memberi ruang buat mereka mengenal cinta sejati. Namun Hardi masih mengharap agar Dhila tidak berubah hati.
Hardi ternoktah dengan kata-kata Dhila. Mungkin perpisahan sementara ini memberi ruang buat mereka mengenal cinta sejati. Namun Hardi masih mengharap agar Dhila tidak berubah hati.
“Baiklah,” jawab Hardi perlahan. Dia menghulurkan tangan
untuk bersalaman dengan Dhila
Buat kali terakhir, Hardi mengucup kening Dhila. Agak syahdu ketika
itu. Dhila kuatkan semangat, dia menahan air matanya dari jatuh. Pegangan tangan Hardi dilepaskan perlahan-lahan
Tidak lama kemudian, tiba sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam. Dalam kesamaran lampu neon, Hardi dapat melihat kelibat pemandu kereta tersebut.
Dhila meloloskan diri masuk ke perut kereta itu. Dan buat kali terakhir, Dhila melepaskan pandangan ke arah Hardi. Tawar sahaja senyumannya. Akhirnya, deruman asap kereta menyedarkan Hardi bahawa Dhila telah dibawa pergi.
Itulah kali terakhir Dhila bertemu Hardi. Kenangan di perhentian
bas di malam syahdu itu masih terpahat di ingatan Dhila. Kini, airmata menitis
lagi teringatkan peristiwa itu. Berdosakah dia melukakan hati lelaki itu?
Tersedar dari lamunan, Dhila segera mengesat air matanya.
Diperhatikan kiri kanan, mujur tiada siapa yang memerhatikannya. Uhhhhh.....
Ermm…itulah sebabnya kenapa setelah sekian lama Dhila tidak
melalui jalan itu. Dhila ingin melupakan segala kisah sedih yang tertulis di laluan
kenangan itu.
Impian bersama insan tersayang tidak kesampaian. Putik-putik
cinta yang disemai layu sebelum berkembang. Tiada sesiapa yang harus disalahkan, itulah rencana
cinta yang tertulis buat Dhila dan Hardi.
Sekali lagi telefon bimbit Dhila berbunyi. Sekali lagi panggilan
dari sepupunya yang sibuk bertanyakan hal Dhila yang masih tidak sampai-sampai.

No comments:
Post a Comment