Jam pukul 5 petang. Suamiku sibuk menguruskan kolam ikan tilapianya di belakang rumah. Aku enggan membantu kerana terpaku di hadapan televisyen menyaksikan drama melayu kegemaranku.
Tiba-tiba telingaku diganggu oleh lagu Biru Mata Hitamku nyanyian kumpulan Wings. “eeee…telefon dia ni berbunyi plak..’ rungutkku sendirian. Perlahan aku mengankat punggung dan melangkah ke dapur. Aku tahu memang mustahil suamiku yang berada di luar rumah dapat mendengar panggilan itu.
Sebaik sahaja menatap skrin telefon bimbitnya, terpapar nama ‘Najib’, rakan setugas suamiku. “Hish, nak apa pulak si Najib ni, jangan2 kena suruh kerja kot,” aku berteka teki.
Panggilan itu sengaja kubiarkan padam dengan sendirinya. Malas hendak menyibuk. Lantak lah.
Tidak berapa lama kemudian, telefon bimbit suamiku berbunyi lagi. Kali ini bunyinya agak pendek. Menandakan ada pesanan ringkas yang dihantar. Aku membaca mesej itu. Agak panjang juga pesanan yang dihantar. Aku tidak berapa faham sangat kerana itu adalah urusan kerja, tapi yang pasti suamiku dipanggil bertugas.
Hati yang tenang tiba2 bertukar menjadi marah, geram dan sedih. Dengan keadaan kesihatanku yang tidak berapa elok, suamiku terpaksa berkerja malam dan membiarkan aku dan anak-anak bersendirian di rumah.
Aku bukannya takut akan hantu jembalang, tetapi sejak kebelakangan ini kawasan perumahan kami ini kembali kecoh dengan kes kecurian. Walaubagaimanapun, hati ini menjadi sedikit tenang kerana adanya system penggera rumah. Namun, tidur tanpa suami disisi lain rasanya. Aku tiada teman berbicara sebelum melelapkan mata.
Hari ni abang kena kerja malam lagi…eeee…tensionnya. Tapi apa nk buat kan. Bila sudah dinaikkan pangkat, tugas dan tanggungjawab akan bertambah. Tapi aku masih tidak berpuas hati, telah sebulan suamiku berkerja berterusan, tanpa cuti, tanpa rehat. Bila hendak memohon cuti tahunan, ada sahaja alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan, tiada penggantilah, orang lain sudah memohon cuti dahulu dan sebagainya.
Hingga hujung tahun, baki cuti tahunan masih banyak. Malah cuti itu tidak dapat dibawa ke tahun hadapannya. Setiap tahun, cuti terbuang begitu sahaja. Namun bila tiba masa untuk bersara kelak, semua cuti yang tidak digunakan terpaksa dihabiskan. Maka, terpaksalah mengambil tiga hingga empat bulan duduk di rumah, menghabiskan cuti tahun sebelum bersara. Di kala ini, boleh pula bercuti. Agaknya khidmat dari pekerja ‘tua’ sudah tidak perlukan.
Kadangkala, aku merasakan suamiku bagaikan seorang doktor. Bila ada pesakit yang sedang tenat, doktor itu akan dipanggil merawat pesakit. Namun tugas doktor itu menyelamatkan nyawa manusia, tapi tugas suamiku??
Bila sahaja telefon bimbit berbunyi, itu mesti panggilan kecemasan yang menyuruhkan kembali bertugas. Ada saja pokok tumbang sana sini, tiang letrik rebah ke bumi, stesyen janakuasa elektrik terbakar, meletup dan macam2 lagi permasalahan.
Kadangkala aku terfikir, hanya suamiku seorang sahajakah yang dipertanggungjawabkan dengan tugas2 demikian, padahal orang lain hanya memberi arahan dan bersenang lenang di rumah?
Pulang lewat pagi, dengan hanya tidur sejam dua dan terpaksa kembali bertugas, dimanakah soal keselamatan dan kebajikan pekerja?
Kalau begitu, lebih baik menjadi pekerja bawahan biasa. Suka hati boleh ambil cuti dan meluangkan banyak masa bersama keluarga.
Apa daya? Selagi hayat dikandung badan, terpaksalah berbakti kepada negara. “cisss..negara konon…”
Inilah video kerja2 sebenar laki aku...bukan kerja senang tau..penuh risiko..
Setiap kali suamiku keluar bekerja, aku tidak pernah putus memohon doa ke hadrat Ilahi agar dia selamat ditempat kerja, dan kembali ke rumah dengan senyuman.
mudah-mudahan selamat semuanya dunia, akhirat
ReplyDeletedijemput shopping di blog saya
jemput ye
hehe