Wednesday, 30 May 2012

Andai Kita Bertemu


Dalam hidup ini, ada kalanya kita akan bertemu semula dengan kawan-kawan, bekas jiran, kekasih atau saudara mara setelah lama terpisah atau tidak berjumpa. Jadi, bagaimana reaksi anda yer??


Kawan  lama
A: Salam....eh, kalau tak silap saya awak ni Nadia kan?
B: Ya...awak ni Julia kan.. (dengan nada gembira sambil tersenyum)
A: eh, datang la rumah saya...ni alamatnyer...boleh kita berbual panjang.... apa nombor telefon awak yer...bla,bla,bla...... 

Kesimpulan: berjumpa kawan lama mmg seronok. Lebih-lebih lagi bercerita kisah2 zaman sekolah/kanak2. Tapi ada juga sesetengah orang yang kurang selesa bertemu semula dengan kawan2. Mungkin disebabkan kekurangan diri yang ada atau masalah peribadi.

Cikgu sekolah
Situasi 1
A: eh, kalau tak silap itu cikgu lama sekolah kita dulu kan, cikgu Zamri, yang ajar sejarah dulu tu
B: Yelah, itu cikgu Zamri
A: Teringat aku masa dia denda kita berjemur di tengah padang dulu, sampai pening kepala aku dibuatnya. Esoknya aku terus demam.
B : eeee... geram betul aku...meh kita calarkan kete dia...aku nampak dia parking kat sana tadi tu...

Kesimpulan – jangan buat tak baik dengan bekas guru kita walaupun dia pernah menyakitkan hati kita. Ingatlah, kalau dia marah ia adalah untuk kebaikan diri kita sendiri

Situasi 2
A: Eh, itu cikgu Zamri kan
B: mana?
A: itu, yang tengah duduk di bangku sambil layan budak kecil tu main
B: Yelah, mari kita jumpa dia. Aku nk ucapkan terima kasih kerana mengajar aku dan menjadikan aku berjaya sampai sekarang

Kesimpulan: Jasa guru dikenang ke akhir hayat. Cikgu takkan dapat mengingati semua pelajar-pelajarnya, namun sebagai bekas murid kita masih boleh mengingati insan yang pernah mencurahkan ilmunya pada kita.


TAPI, kalau berjumpa bekas kekasih lama??

Situasi 1
A: salam...eh awak ni Nadia kan (sambil tersenyum)
B : Yer...dan awak pula Remy kan
A: wah... dah lain awak sekarang yer...hebat
B: Awak pun apa kurangnya, dah makin sihat (berisi/gemuk)
Situasi bertambah ceria dengan kisah masing2

Situasi 2
A: salam...eh awak ni Nadia kan
B: ermmm.... (diam dan memerhati)
A: sorang jer
B: errrr..takpe lah yer...suami saya dah menunggu tu...pergi dulu yer... (sambil segera berlalu dari situ) 








No comments:

Post a Comment

[close]