Follow | Dashboard

Ahad, 18 November 2012

Teman Baru

Wah...petang itu aku begitu teruja, almaklum laa, hendak berjumpa kawan baru... janji pukul 2 petang...namun seawal pukul 12 aku sudah bersiap. Dada berdegup kencang

Mana tidaknya, aku tidak pernah bersua dengannya, sekadar memandang dari jauh. Rendah dan kecil sahaja orangnya. Sesuai ke dengan aku ni? eerrmmm...tak kira laa..

 

Ok...15 minit lagi sebelum pukul 2 aku sudah keluar dari rumah. Biarlah aku yang sampai dulu di tempat yang dijanjikan itu.

Masih teringat pesanannya di talian telefon "Lin, tunggu kat bas stop kat depan sekolah tu yer.."

Dengan panas mentari tegak di kepala, tanpa payung mahupun topi, aku melangkah anggun ke perhentian bas yang dimaksudkan. Sambil itu ada juga beberapa orang jejaka sempat menegurku , "hai cik adik, tak panas ke berjalan sorang2 ni. Nak abang temankan."

Aku sempat menjelir lidah dan ketawa... hehehe... melintasi padang permainan dan berjalan terus ke perhentian bas. Dari jauh ku lihat hentian bas itu masih kosong. Tiada sesiapapun di situ. Emmm...baguslah, sesi suai kenal akan lebih seronok tanpa sebarang gangguan. Fikirku.

Lama juga aku menunggu. Dari 10 minit membawa ke 20 minit. Ku lihat sekeliling, tiada pun kelibat jejaka yang aku tunggu

"Takpe...tunggu sekejap lagi, " aku mengomel sendirian.

3 biji bas sudah berlepas. Rancangan kami ingin menonton wayang bersama mungkin terpaksa dibatalkan. Waktu telah suntuk untuk menonton sekitar jam 3 petang.

"Aduh..mana mamat ni? kelentong aku ke? " aku mula marah. Namun setelah hampir 45 minit menunggu aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Di rumah aku akan cuba menelefonnya, mungkin ada halangan lain sehinggakan kami terpaksa batalkan rancangan istimewa itu

Melintasi padang permainan, sekali lagi aku disindir oleh jejaka yang cuba menyapaku seawal sejam yang lalu.

"Hai cik adik, tak jadi dating ke? ke pakwe dah lari" tanya salah seorang dari kumpulan lelaki yang berkumpul sambil bermain gitar itu.

Aku memandang ke arah mereka namun belum sempat aku berkata apa2, "ha...jangan jelir lidah, nanti abang potong lidah tu nanti...ni nampak gunting ni..."

Aku tersenyum...lalu berjalan pulang. Dalam hati rasa sedikit terhibur dengan keletah mereka.

Setibanya di rumah, belumpun sempat aku membuka kasut, telefon telahpun berdering. Rakan serumah sempat menjawab

"Lin, panggilan untuk awak" jawab Ratna

Segera aku menjawab panggilan " hello "

"Lin, kenapa tak datang? " tanya Syahrul

"Eh, saya baru jer balik dari hentian bas ni. Awak yang tak datang," jawabku dengan nada sedikit merajuk

"Laaa...saya ingatkan awak yang tak nak jumpa. Saya pun baru jer balik dari hentian bas," kata Shahrul lagi

"Agh..jangan nk tipu la, hampir 45 minit saya tunggu kat hentian bas tu, tak ada sesiapapun selain saya," jawabku menegakkan kebenaran

"Hairan.. saya baru balik dari hentian bas. Awak tungu kat hentian bas yang mana? " tanya Syahrul lagi setelah masing2 kepenatan.

"La...hentian bas depan sekolah rendah tu laaa !! " jawab aku

Syahrul tiba-tiba ketawa. Kemudian beristifar.... Aku kehairanan dan bertanya kenapa?

Dengan nada ketawa Syahrul menjawab "saya tunggu di hentian bas depan sekolah menengah"

Kami ketawa....eeermmmm...manakan nk jumpa, sorang tunggu di utara dan sorang lagi menunggu di selatan.

Namun, agenda petang itu tetap diteruskan. Kami mengambil keputusan berehat sebentar dan akan berjumpa pada sebelah petangnya. Kali ini Syahrul berjanji akan menjemputku di rumah saja. Dia membawa motorsikal TZM miliknya dan kami bersiar2 sambil mengenal hati budi masing2.

Sekian !!


0 ulasan:

Catat Ulasan

[close]