Follow | Dashboard

Selasa, 15 Februari 2011

Sejarah Lama- Banjir Besar di Kuala Kangsar

Malam tadi, semasa leka melayani facebook, tiba-tiba pandangan tersusuk kepada satu kiriman dari seorang rakan. Beliau meletakkan gambar lama semasa Kuala Kangsar mengalami banjir besar. Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1926. (huh...mmg dah lama kan...)

Kejadian banjir/bah besar ini pernah diceritakan oleh arwah abah aku suatu ketika dulu. Katanya ketika itu ramai yang terkorban akibat banjir. Ada yang memukul talam untuk meminta pertolongan. Lama kelamaan suara itu sayup-sayup kedengaran menandakan ia tenggelam di bawa arus air yang deras.

Ketika melihat gambar2 kenangan itu, tiba2 hati menjadi pilu. Terlalu lama telah ku tinggalkan bandar kecil itu. Hati meronta ingin kembali, namun apakan daya.  Hanya kuburan usang yang meminta untuk di ziarahi. Insyallah..detik itu akan tiba jua.

Ughh...udah ler...meh kita layan gambar2 kat bawah ni yer....Terima Kasih kepada saudara Mohd Redzuan Borhan yang sudi berkongsi gambar ini.

Kononnya banjir besar di Kuala Kangsar ni akibat empangan yang pecah. Entah la...aku pun tak habis belajar sejarah, elok nk masuk bab sejarah negeri sendiri, cikgu pun dh mintak tukar oversea. Ikut suami dia ke England (eh,,ni citer betul ler...cikgu Sarimah nama cikgu aku tuh,,,rindu kat cikgu...terima kasih cikgu...jasa baik cikgu tetap dikenang. Aku dapat score jugak subjek Sejarah walau cikgu bertukar ganti)

Inilah jambatan Iskandariah, jambatan yang menhubungkan penduduk dari kampung2. Sesiapa yang dari Sungai Siput, Chemor mahupun ikut, mesti akan melalui jambatan ini untuk ke pekan Kuala Kangsar (kalau lalu jalan lama laaaa)

Permandangan Pekan Kecil Kuala Kangsar sewaktu dilanda banjir. Aku hanya mampu membaca lingkaran sejarah, menatap gambar-gambar, dan mendengar cerita dari warga tua yang melalui pengalaman sewaktu banjir ini. Agak menyedihkan.

Menurut cerita arwah abah aku, sewaktu banjir di tahap kritikan, hanya puncak jam sahaja yang kelihatan.

Kampung-kampung disekeliling pekan jugak turut dilanda banjir. Banyak harta benda yang musnah.

Nostalgia sungguh gambar ini.

Sesiapa yang ada bot ataupun perahu, dapatlah menyelamatkan diri. Dahulu tiada bantuan yang dapat seawal kita hari ini.

Salah satu kedai Hailam di pekan Kuala Kangsar. Ramai pakcik2 suka lepak kat kedai ni, sambil minum kopi bersama roti bakar. Fuh...kalah Old Town White Coffee tawww !!!

Kedai dua tingkat ni rupanya telah lama ada... Deretan kedai setingkat yang tenggelam tu merupakan kedai2 menjual basikal, jam dan majalah. Aku pernah membeli brick game kat kedai tu dengan harga rm50. Hadiah dari abah aku sempena birthday aku..seronok bukan kepalang dapat hadiah tu. Esoknya aku bawak game tu ke sekolah, nasib tak baik, cikgu buat spot check. Alamak, game aku kena rampas. Tapi syukur, aku berjaya pujuk cikgu dan dapatkan games tu balik.

Jam Besar Kuala Kangsar ni merupakan lambang kebanggaan orang2 Kuale. Aku pun kalo balik ke kampung, mesti nk tengok jam besar ni...kiranya kalau tak memandang, tak sah !!! 
Dihadapan jam tu adalah pejabat pos, tempat aku selalu pos surat. Bukan surat cinta tawww...tp surat untuk sepupu aku di Kuala Lumpur. Kengkadang surat kepada kenalan2 baru yang aku jumpa di majalah URTV. Huh..masa tu muka seposen, sapa la yang nk layan. So tulis surat pada pompuan jugak ler... 

Kat Kuala Kangsar ni ada 2 panggung wayang. Salah satunya Cathay. Dulu kakak aku selalu bawak aku tengok wayang. Masa tu tiada lagi peraturan melarang kanak2 memasuki panggung wayang mcam sekarang ni. Aku masih ingat, ketika tu aku tengok citer Ranjau Sepanjang Jalan.

Panggung Wayang kedua di Kuala Kangsar. Tempatnya agak jauh dari pusat bandar. Tapi kengkadang kalau cerita best, aku menapak gak ke panggung wayang ni. Masa tu takde pakwe lagi. So pegi tgk wayang dengan kawan sekolah, Syarifah Zarina.Macam2 cerita yang kami tengok, antaranya ialah Riang Tirana, Kanta Serigala dll. Mana dapat duit? duit belanja lah..simpan sikit-skit. Abis sekolah, tak terus balik rumah, bawak baju spare, salin kat toilet di bas stesyen, lepas tu pegi tengok wayang....nakalnyer !!!!!

Hanya istana Sultan Perak je yang terselamat dari bajir besar ni, sebabnya istana sultan terletak di atas bukit. Daulat Tuanku.


*** Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, hujan emas di Kuala Lumpur, namun aku lebih sukakan hujan batu di Kuala Kangsar. Walaupun beribu batu telah ku tinggalkan desa permai itu, namun segala kenangan indah tetap tersemat indah di sanubari. Aku akan pulang jua setelah semuanya dalam genggaman.

7 ulasan:

ZaRisMa................Hannover, Germany berkata...

Salam...Saya pun berasal dr Kuala Kangsar, kat kg Kota Lama Kiri & ibu serta keluarga masih di sana. Seronok baca entry ni.....

░♥si lampu neon♥░ berkata...

allah maha besar..syukur kawasan umah aku tak pernah lagi kena banjir..




Jeng3x…
# Lelaki Susah Cakap Sorry ?#
# Norman Hakim Bergambar Dengan … !! #
# Sekinchan Ikan Bakar, Debomb ! #
# Tips Jadi Parents Yang Baik#
# Restoran Ayam Penyet, Bandar Sri Permaisuri#

Tanpa Nama berkata...

baca entri nie mmg akan membuatkan hati terusik. terkenang akan kedamaian n ketenangan kuala kangsar yang tidak mungkin akan ada di tempat lain..

Tanpa Nama berkata...

tq seronok tengok gambar lama ni, kebetulan sy baru blik dari kk ambil anak yg bertugas di hospital kk balik kl...sbab dapt keje kat kl lak....

Tanpa Nama berkata...

saya pon pernah duduk kat kuale kangsar kat bukit kerajaan skol kat sek men raja perempuan kelsom tahun 1991.Best sgt tgk gambar lame ni

Ubudiah Arts berkata...

salam... saya nak dptkan pics lama pekan kk tu boleh tak..?

Cendana Kasih berkata...

Ubudiah Arts- silakan, saya pun dpt dari kawan

Catat Ulasan

[close]