Follow | Dashboard

Rabu, 13 April 2016

Usah fikir kau sempurna

Renungan buatmu ! 
Jika kau seorang doktor, usah kau bangga kau mampu menyembuhkan penyakit orang, kerana dengan kuasa Allah sahaja mereka akan sembuh, dan dengan izin Allah jua mereka akan diambil kembali
Jika kau seorang guru, usah kau bangga kau mampu mendidik anak bangsa sehingga berjaya kerana ketika anak didikmu berada di puncak kejayaan, namamu mungkin tidak disebut sebagai pendorong kejayaan
Berulang alik ke masjid tidak menjanjikan kita seorang yang alim, tinggi ilmu agama dan ada jaminan syurga kerana kita tidak mengetahui amalan baik kita diterima Allah atau amalan itu sekadar sia-sia. Iblis dan syaitan tidak mengenal ustaz atau iman dalam terus menghasut melakukan kejahatan agar kau turut sama menyertai mereka di neraka
Seorang kaunselor, penceramah janganlah taksub menasihati mereka yang kau rasakan jahil, kerana diri kita sendiri juga ada kekurangan. Perhatikan isteri dan anak-anakmu. Adakah mereka taat kepadamu? Adakah pakaian mereka memenuhi syariat. Labuhkan tudung isterimu… longgarkan sedikit pakaiannya agar tidak menjadi tatapan umum… usah biarkan anak-anakmu lalai dengan mainan duniawi. Kemudi mereka ke jalan yang betul agar kau tidak tersekat di sana.
Kesimpulannya, usah membuat andaian tentang seseorang berdasarkan siapa diri kita. Ia sebenarnya menunjukkan kebodohan diri sendiri, di mana kita merasakan diri kita sendiri sudah cukup baik dan tidak berusaha menggali kekurangan.
Ingatlah, jika kita hebat, ada akan orang lebih hebat dari kita. Jika kita cantik, ia adalah sementara, kerana usia tua mengejar kita. Namun, jika kita bodoh, belajarlah untuk menjadi cerdik. Ubahlah sikap agar menjadi lebih matang menerima kekurangan dan kelebihan insan lain.

(copy paste dr FB)



Berfikir sebelum menulis sesuatu, kerana ia mungkin mengguris perasaan orang lain yang membacanya 

Rabu, 24 Februari 2016

TAKUT KEHILANGANMU

Diammu aku resah
Diammu buatku tertanya
Apakah salahku, tersilapkah tuturku
Andai kau perlu waktu
aku mengerti
Andai   kau ingin menyendiri 
aku   akui
Kerana kita punya haluan sendiri
Yang harus dikemudi
Aku kan sedia menanti
Utusan khabar darimu setiap hari


(*INIM*)


Selasa, 23 Februari 2016

Lagu Cinta









Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta


[close]